Bila Allah
mengilhamkan kita untuk
berdoa,
Hakikatnya
Dia berniat untuk
mengabulkan.
- - Ustaz Pahrol Mohd
Juoi.
Kata-kata
ni buatkan aku rasa tenang. Tenang dalam yakin. Bagi aku, tak da satu perkataan
pon yang dapat menggambarkan rasa dalam hati seseorang. Bahkan takda persamaan
serentak atau apa sahaja persamaan nombor matematika yang sering digunakan
dalam subjek fizik, kimia, atau apa sahaja yang berkaitan dengan nombor.
Oh,
dan sebenarnya kadang kala terasa cemburu pada mereka yang bisa melibatkan
diri, turun ke medan dakwah. Ya, medan realiti. Hidup aku selama 4 tahun di
kampus mengajar aku untuk berdikari dalam memahami maksud
sebenar kehidupan di sebalik mehnah dan tribulasi diselangi tarbiyah.
Aku
sudah terbiasa dengan begitu.
Di sana
aku belajar erti memberi dan menerima.
Erti
mengenali Dia.
Erti
kecewa. Erti berukhuwwah.
Erti
melihat hakikat dunia yang sebenar. Bukan di kaca tv semata-mata.
Dan
saat ini aku sedang mencari-cari destinasi yang seterusnya.
Ya.
Lepas ni, aku akan berhadapan dengan realiti hidup yang sebenarnya. Yang bakal
menguji keikhlasan dalam bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab demi
DIA.
Moga
destinasi baru yang bakal aku temui nanti, bisa memberi peluang yang lebih besar untuk aku berbakti. dan berpeluang turun
ke medan lagi. Sungguh, aku rindu tarbiyyah di kampus.
*cemburu.*
Pada
mereka yang bisa turun padang.
*Rindu.*
Pada
usrah.
Pada
gerak kerja.
Pada
sahabat.
Izinkan
aku terus melangkah seperti dulu ya Allah.
Kali
ni, Malaysia pasti mencipta sejarah.
Dengan
redhaMu.
Belajarlah
melaksanakan sesuatu ibadah dengan menghadirkan Allah dan menghilangkan
pandangan manusia. Maka akan lahirlah keikhlasan.
Beribadahlah,
bukan semata-mata kerana pahala, tetapi cinta. Maka akan lahirlah istiqomah.
Semoga
Ramadhan menemukan kita dengan Tuhan, baik di `luar` (makrifat) mahupun di `dalam` (hati).
No comments:
Post a Comment