Assalamua’laikum
warahmatullahi wabarakaatuh..
ahah. memang lah excited. dah habis belajar kan. ^^
ok, ni nak cerita.
ok, ni nak cerita.
*Study
week hari tu*
Sedang melihat satu video berkaitan sejarah
sebenar dunia bersama adik muslimat, mataku tertacap pada satu ayat yang
tertera di bahagian subtitle.
“Because
one who stands for nothing, will fall for anything.”
Terkedu.
Otak ligat berputar memikir makna di sebalik ayat
ini. Mencari satu perkataan mudah untuk disimpulkan.
YA!! AQIDAH.
Pegangan yang kuat dan kukuh.
Yakin terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta
beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan
adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan
taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari
Allah.
Secara mudahnya, seberat mana ujian dan dugaan,
atau betapa banyaknya nikmat dunia, andai matlamat utama adalah mencari redha
Ilahi kita tak kan mudah jatuh ke lembah hina jauh dari pencipta.
Ok, rasa skema pulak tulis ayat cenggitu.
Owh, by the
way…Alhamdulillah. Dah selesai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
di Universiti Malaysia Pahang. InshaAllah bakal konvo pada bulan oktober nanti.
Moga Allah permudahkan segalanya.
Selesai saja siap print thesis, terus bergegas
pi beli tiket ke KL. Ya, ingin menemui sahabat di sana. Alhamdulillah. Peluang
Allah bagi, dapat jugak jumpak depa. Nampak macam, eh, p kl sebab nak jumpa
sahabat ja, raya nanti boleh jumpak jugak kot.
Oppss~
Sorry. Assumption hang salah. Sebenarnya, dalam mengembara ke negeri orang tak kesah lah jauh jauh atau dekat, apa yang di harapkan adalah ada sesuatu yang baru yang akan si tuan tulis temui dalam memperbaiki gred gred dalam report card yang akan di analyse di sana kelak.
*Segala yang dilakukan manusia, nanti
report card nya akan analyze di akhirat.*
Hang tak mau score ka?
*tak kan nak lepas peluang cenggitu je sementara
ada peluang. rugi kot.
Berkongsi pengalaman bersama sahabat2 yang
sudah berkejaya dan yang sudah berumah tangga, boleh lah prepare2 apa
yang patut sebelum menempuh alam2 itu.
Teringat pulak. Sebab banyak sangat fikir, sampai
singgah kedai beli barang untuk jamu tetamu pon lupa.
Heran dua dua sahabat baikku. Sorry lah hangpa
noo. Eheh. +_+
Yelah, hidup ni kalau tak plan betul betul, susah
kemudian hari. Hidup perlu bermatlamatkan yang SATU. Allah s.w.t.
Dan tetiba sambil belek belek fon Puan Radi, tertengok
dia ada application baru, “Ibadah Evaluation”, ok tahniah pada yang dah ada.
Saya ni terlambat sikit.
Tapi berguna la. La ni kan pakat sebok sebok dgn
smartphone,
kan senang kalo ada application
“Ibadah Evaluation” senang nk tengok prestasi
ibadah kita.
Tercapai tak KPI yang perlu
Dilaksanakan sebagai seorang muslim sejati.
Hah. Tambah tambah sekarang ni bulan puasa,
memang sesuai sangat lah. Xpayah nak print kertas
bagai nak tick.
Edit dalam application ni je.
Settle.
Ok. 0045 already.
Time to syahid!
Err. Sleep actually.
Tapi tak salah ada angan-angan nak syahid kan? J
*************************************************************
Maha Teliti
Dia.
Tak satu pon
terlepas dari pantauan.
Tak satu pon
dari penat jerih usaha kita sia-sia.
Walau sekecil
zarah pon.
Ia dikira.
Malah berganda.
Asalkan niat
hanya keranaNya.
9 hari sudah
berlalu.
Di tahap mana
sudah prestasi kita?
Masih ada
masa untuk berlumba.
Bersihkan hati.
Tajdid niat.
Lillah.
Demi Dia.
Bukan samarinda
petang hari.
Tapi azam
dalam diri.
Moga
disempatkan.
Allahumma amin.
#Ramadhan 1434.
— photosuplillah.
:)
ReplyDeletekak de bila nak mai alor star? hari tu org ajak p KL xnak ikut.kiki
ReplyDelete