Friday, January 4, 2013

Part I : Tuhan, jagakan dia.


Entah kenapa aku berasa begitu gembira dan teruja seusai sahaja sampai di sini. Salah sebuah institut pengajian tinggi di negeriku, Kedah. Luasnya.. cantiknya.. tinggi-tingginya bangunan kat sini.. monolog aku sendiri.. “ni ka universiti?” soalan itu terlintas di fikiran sambil melihat keadaan sekeliling universiti.Mataku terkebil-kebil melihat tempat baru itu sambil ibu sibuk menguruskan pendaftaranku untuk program SUMMER CAMP.

“adik, duduk elok-elok sini..apa-apa nanti bagitau depa ok..duduk elok-elok dengan kak imah..ibu nak balik dah ni..” pesan ibu.. pertama kali berjauhan dengan anak bongsunya..aku tersenyum simpul, pertama kali pergi camping, macam-macam perasaan ada.. takut? Ntah laa.. perasaan budak yang baru berusia 7 tahun, tau apa? Best sebab tempat baru tak pernah mai..hmm, mungkin kerana sepupuku, kak imah ada bersama.. segala kegusaran hilang (dalam kepala otak ingat nanti duduk satu bilik) but yet, jangkaan aku meleset, we have to stay in the difference room. Oh no!!!!!!!! T_T

Asrama Putri Cempaka.

Aku melihat papan tanda yang tertera pada bangunan di hadapanku. Ya, itu nama asrama yang aku bakal menginap sepanjang 3 hari 2 malam di program ini.

“Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakaatuh..” senyuman manis terukir di wajahnya..

“Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh Kak Fatimah (sambil melihat nametag yang dipakainya)..” dalam hatiku terpegun dengan wajah manis Kak Fatimah yang tak lekang dengan senyuman. Senyuman yang *ikhlas* dari hati.

“Comelnye awak..siapa nama?”

“Anis…(jawabku sambil tersipu-sipu. Kakak tu puji aku comel la..hahah^^)

“Ok, jom ikut akak.. nak tunjukkan bilik..”

Aku mengekori Kak Fatimah sambil melihat keadaan sepanjang menuju ke bilik. Teruja bila pertama kali sampai di universiti yang sebelum ini disebut-sebut oleh ibu dan ayahku dan akhirnya aku menjejakkan kaki juga walaupun untuk program Summer Camp bukan untuk sambung pelajaran (baru umur 7 tahun laa..hehe..)

“haa..kita dah sampai,ni bilik adik.. kalau ada apa-apa bagitahu akak ye..”

“Ok akak.. terima kasih..” aku mengucapkannya sambil melemparkan senyuman.

Dan beberapa minit kemudian, datang seorang budak perempuan yang umurnya sebaya denganku juga masuk ke dalam bilik.. ya, dia ‘roomate’ku untuk sepanjang Summer Camp di sini.

“Assalamua’laikum.. nama saya, Fatin, awak pula?”

“Wa’alaikumussalam.. owh, nama saya, Anis.. selamat berkenalan..”

…senyuman terukir di kedua-dua wajah…

******************************************************************************
KRIIIIIINNNNNNNNGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!

“Fatin.. bangun.. bangun.. dah pukul 5.00 pagi.. kita semua kena pegi masjid.. kak Fatimah kata ada Qiamullail..”

“Yeke? Huuu… mengantuknye..”

“Eh.. jangan tidur semula..nanti semua orang dah pergi tinggal kita saja kat sini.. Anis takut kena marah sebab lambat..”

Fatin menggosok-gosok matanya, bangun antara rela dan tidak.. Lantas dengan sepantas yang mungkin kami pon bersiap sedia menuju ke masjid.. Kak Fatimah kelihatan di luar asrama, dia dan rakan-rakannya memastikan kami semua ada untuk menuju ke masjid dengan selamat...

“Eh, Kak Fatimah ada.. seronoknya..” kata hati kecilku.. mahu tak ‘excited’ kakak comel dan baik hati ada.. Al-maklumlah.. anak bongsu, bila berjumpa dengan seorang yang lebih berusia dan memiliki sifat seorang kakak, manja itu datang laa.. ish.ish.ish…

Setelah tiba di masjid, kami mengikut imam untuk solat sunat tahajjud, solat taubat, solat hajat, solat witir.. tersengguk-sengguk juga aku.. tak biasa bangun awal-awal pagi berqiamullail selalu.. huuu.. tapi, suara imam tu merdu!
Subhanallah.. ketenangan dirasa..

Selesai solat Subuh dan membaca mathurat.. aku berkemas sambil melipat telekung yang dipakai mengadap Ilahi sebentar tadi.. sedang asyik melipat telekung.. aku terdengar seperti ada suara sayup-sayup memanggilku.. pada mulanya aku tidak hiraukan tapi semakin lama semakin kuat pula panggilan itu.. aku pun menoleh ke sebelah mencari dari mana datangnya panggilan itu.. dan bila aku menoleh…

-to be continued-
by: SarahMaisarah

p/s: the character's name is randomly picked.^^

5 comments:

  1. interesting! especially bila ada nama tersebut... hehehe

    ReplyDelete
  2. alaaa.... buat nma adik jgk.. aaaaa..... haha kidding.. teruskn berkarya.. thumbx up! :)

    ReplyDelete
  3. cik thorny, actually i hv history relating that name, "Anis" =)
    cik premier, nnt andak guna nama adik pulak okey =D

    ReplyDelete
  4. 0l0l0~~~~ im waiting, okay... :D

    ReplyDelete