“Alhamdulillah..
selesai bulatan gembira kita untuk hari ini.. tajuk ape adik-adik sayang?” soal
kak Aliyah.
“ukhuwah Islamiyyah
kak..” jawabku dan Hazirah serentak, bagai bersatu hati.
“ha..
bagus..bagus..” puji kak Nazirah pula.
“Kak Nazira..Kak Aliyah..
Farhah sedih la.. semester depan akak-akak dah tak ada di sini..” luahan hati
Farhah, salah seorang adik beradik usrahku.
Iya lah.. mana
tidak sedihnya kami. Naqibah berdua itu sudah tahun akhir dan bakal menamatkan
pengajian.. meneruskan kehidupan di dunia realiti yang lebih banyak ujiannya
yang mungkin tidak ditemui di universiti. Selama ini, pada merekalah selalunya
kami berkongsi suka duka dan mendapatkan nasihat. Kasih mereka, sifat mereka
yang lemah lembut dan sentiasa sabar dalam melayani kerenah kami yang nakal menambah
lagi gula dalam rasa kasih kami pada mereka. Yes, it’s called ukhuwah kerana Allah. Mana mungkin mereka akan
mampu melayani kerenah kami semua tanpa ada rasa ikhlas berkasih sayang kerana
Allah. Sayangi kami kerana Allah, teguri kami kerana Allah, marah kami kerana
Allah, berkongsi ilmu kerana Allah bukan kerana kepentingan peribadi.
Kasih
kerana Maha Pencipta itu benar-benar dirasai di dalam hati.
Dan bila bercakap
mengenai ukhuwah, aku memandang Hazirah. Dia sahabat baikku. Dialah yang tidak
putus asa mengajak dan memberiku tunjuk ajar dalam meniti perubahan diri,
berubah kerana Allah. Dialah yang selalu mengajakku ke masjid, mengajakku
berbuat kebaikan, berkongsi masalah, berkongsi ilmu. Aku masih ingat sms daripadanya pada bulan Ramadhan
pertama kami sambut semasa di tahun 1.
“Kita
perlu risau bilamana kita terlalu risaukan dunia daripada akhirat..”
Waktu itu adalah study week, aku begitu risau memikirkan
peperiksaan yang bakal tiba daripada sibuk mengejar pahala dan peluang yang ada
untuk menunaikan solat tarawih yang hanya sebulan sekali sahaja hadir dalam
setahun. Allahu Allah.. kasihnya Allah pada hambaNya, Dia hadirkan hamba yang lain untuk saling mengingatkan. Syukran lillah. Aku punya sahabat yang sangat baik.
Di suatu petang yang
tenang..
Satu sms daripada mas’ulah yang menguruskan Baitul Muslim, Kak Syafiqa
diterima.
Kak Syafiqa: “Assalamua’laikum..Anis..
macam mana keputusan tentang lamaran Amir Hamzah tempoh hari? Sudah ada
jawapan?”
Anis: “Wa’alaikumussalam
kak.. saya belum bersedia kak.. mungkin ada yang lebih baik untuk dia.”
Andai
sahaja dia tahu apa yang tersirat di hatiku…
**********************************************************
“Anis.. penyakit awak ni sudah di tahap kritikal.. andai saja
penyakit awak ini dapat dikesan awal….” Ucap Dr. Mardhiah dalam nada simpati.
“Doktor.. Allah
tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. andai penyakit saya ini dikesan awal dan
bole meneruskan operation pun, jika
takdir untuk menemui Dia dahulu apakan daya kita menghalangnya.. lagipun,
keluarga saya tak ada wang yang banyak untuk melakukan pembedahan. Hidup kami
setiap hari pon mengharapkan duit daripada bantuan PERKESO… kesian ibu jika dia perlu bertungkus lumus mencari wang
sebanyak itu.. cukuplah ibu terlalu banyak berkorban demi kami sekeluarga..”
jawabku dengan nada tenang.
Aku mengidap
penyakit barah. Sudah ditahap kritikal yang pada jangkaan pakar perubatan, aku
hanya ada waktu 6 bulan untuk hidup.
“Allah sedang
berbicara denganku.”
“Allah ingin
menunjukkan sesuatu kepadaku.”
“Andai ini yang
terbaik buatku, aku redha ya Allah.. terima kasih kerana memberi aku peluang
untuk melakukan persiapan menemuiMu. Berilah aku kesempatan untuk membahagiakan
mereka yang selalu membahagiakanku..”
Aku mengaminkan doa
seusai solat.
Lagu 1000 years by
Christina Perri bergema, ringkas dan sesuai untuk sms alert. sms daripada
Hazirah rupanya.
Hazirah: “Assalamua’laikum..Anis..
Hazirah nak tanya sesuatu boleh?”
Anis: “Wa’alaikumussalam..boleh
sayang.. mahu tanya apa? J
“
Hazirah: “Anis ada
rahsiakan apa-apa daripada Hazirah? Kenapa dua tiga hari ni Anis selalu
hilang.. kemanakah? Ada masalah? Kongsilah dengan Hazirah..”
Allah.. pasti dia
perasan setiap kali aku hilang untuk mendapatkan rawatan. Ligat aku memikirkan
jawapan yang sebaiknya supaya penyakitku tidak diketahui dan dalam masa yang
sama aku tidak mengguris hatinya.
Anis: “hehe..
rahsia apa? Mana ada hilang pon.. Peperiksaan kan dah dekat.. Hazirah pon tahu
Anis kan lebih selesa belajar bersendirian daripada study group.. “
Hazirah: “mestilah
risau.. Anis kan sahabat baik Hazirah.. Hazirah sayang Anis kerana Allah. jaga
diri sayang.. kalau ada apa-apa kongsilah dengan Hazirah, inshaAllah sama-sama
kita cari penyelesaian..”
Anis: “Jangan
risaulah.. takde masalah tanpa penyelasaian.. Allah kan ada.. J”
Hazirah: “ok
sayang.. jumpa malam ni, ke masjid bersama ya.. Wassalam.”
Anis: “InshaAllah..
Wassalam.”
Andai
saja dia tahu penyakitku….
“Ya
Allah.. Ya Tuhanku.. tolong jagakan dia semasa ketiadaanku nanti..”
***********************************************************
Alhamdulillah..
peperiksaan akhir semester itu berakhir dengan sebaiknya.. teknik “DUIT” yang
dicadang naqibah-naqibah kesayangan diaplikasikan..
D: Doa
U: Usaha
I: Istiqomah
T: Tawakal
Kaki melangkah
riang ke asrama.. tiba-tiba lagu 1000 years bergema, ada sms daripada
sahabatku. Dia dalam kesusahan..perlukan bantuan..
“Hazirah, Anis
balik dulu.. ada urusan..”
“Eh, urusan apa? Urgent
Nampak.”
“ya, nanti Anis
cerita..”
“ok..”
Anis mempercepatkan
langkah ingin bergegas ke sana tanpa menoleh kiri dan kanan.
“Aniiiiiiiiiiiissssssssssssssssssss!!!!!!!!!!”
DUM!!!!!!
Bunyi hentaman yang sangat kuat.
Tanpa sempat Hazirah menarik tangan Anis, Anis sudah terbujur kaku di hadapannya. Darah berlumuran di tubuh Anis. Hazirah kaku. Semua yang ada di situ terkejut melihat kemalangan yang berlaku.
Tanpa sempat Hazirah menarik tangan Anis, Anis sudah terbujur kaku di hadapannya. Darah berlumuran di tubuh Anis. Hazirah kaku. Semua yang ada di situ terkejut melihat kemalangan yang berlaku.
Keadaan menjadi
cemas. Anis dikejarkan ke hospital. Tapi Allah lebih sayangkannya.. Hazirah
menangis melihat keadaan Anis.. satu nota kecil dijumpainya di genggaman Anis.
“Tuhan,
jagakan dia.”
“Hazirah
sahabat baikku..”
Makin banyak air
jernih yang mengalir daripada mata gadis itu.. tidak disangka Allah lebih
sayangkan sahabatnya itu daripada kasihnya dia pada Anis. Hazirah menyesal
kerana dia merasakan dia belum menjadi sahabat yang baik kerana tidak tahu mengenai
penyakit Anis. Saat dia tiba di hospital Dr. Mardhiah ada menceritakan tentang
penyakit Anis pada Hazirah dan sepucuk surat untuk dia.
*Al-Mujahid, Amir Hamzah bin Abdullah. Andai
takdir Ilahi kita tidak bersatu di duniaNya, moga kita bersatu di JannahNya. Allah
tahu apa yang terbaik buat kita.
p/s: Amir Hamzah, dia mujahid yang berwajah
kerek dan tegang semasa kurang puas hati melihat Anis, Farah dan Hafiz berjalan
bertiga sahaja di tasik semasa di matrikulasi.
by Sarah Maisarah.
-tamat-