Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…
Alhamdulillah,. Allah SWT masih lagi memberi kesempatan pada diri kita untuk bernafas dalam keadaan iman dan Islam.. Subhanallah… sepanjang hidup kita, berapa kali kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang telah diberikan? Sekali? Dua kali? Tiga kali?atau tak pernah walaupun sekali? Nau’zubillah.. moga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT..
Katakanlah “Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.”
[Surah Al-Mulk : 23]
[Surah Al-Mulk : 23]
Sudah lama rasanya diri ini tidak menulis menaip di sini… fuh..fuh.. dah berhabuk blog nih.. ramai jugak sahabat2 yang dok bertanya, "bila nak update blog ni?"
Mungkin terlalu sibuk dengan kerja2 yang tidak putus2 untuk diselesaikan, diselit juga dengan peristiwa2 sedih menimpa diri seorang mujahidah ini, tapi insyaAllah segalanya pasti ada hikmah di sebaliknya. Kalau ada masa free plak, waktu tu plak datang virus MALAS atau mungkin ketandusan idea..hmm~
Mungkin terlalu sibuk dengan kerja2 yang tidak putus2 untuk diselesaikan, diselit juga dengan peristiwa2 sedih menimpa diri seorang mujahidah ini, tapi insyaAllah segalanya pasti ada hikmah di sebaliknya. Kalau ada masa free plak, waktu tu plak datang virus MALAS atau mungkin ketandusan idea..hmm~
Ok,. proceed to the main objective… Mulianya dia disisi DIA.. pada post kali ni saya nak berkongsi tentang sedikit pengalaman yang mudah-mudahan memberi keinsafan pada diri sendiri dan sahabat2 sekalian.. insyaAllah~
“Abang… tolong pakaikan baju kat abah.”
“Abang.. tolong mama sidai kain.”
“Abang..tolong angkat baju kat ampaian.”
“Abang.. tolong bagi abah makan ubat.”
“Abang.. tolong urut mama.”
“Abang.. tolong buang rumput-rumput yang dah potong ni.”
“Abang tolong buang sampah.”
“Abang.. tolong ambik baju adik.”
“Abang.. tolong sapu sampah.”
“Abang.. tolong achik angkat barang sat.”
Abang…pasti siapa yang membaca dialog-dialog di atas bersetuju bahawa tanggungjawab sebagai seorang abang dan sebagai anak lelaki yang mana kudratnya lebih daripada wanita sepatutnya rajin menolong ibu dan ayah. Mungkin juga kita semua akan berfikir ini adalah perkara biasa yang setiap seorang daripada kita patut tahu dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. But, do you know who is the person that we call “ABANG” in the dialogue?
Pada 15 November 1982, lahir seorang bayi lelaki… bayi yang cukup istimewa.. bukan sahaja istimewa di hati ibu dan ayahnya, bahkan dia amat istimewa di sisi DIA yang Maha Penyayang,Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana… Allah SWT…
“Bayi ini istimewa. Tidak down walaupun memiliki Down Syndrome.”
Subhanallah… sudah 29 tahun kini dia hidup di bumi Allah ini. Pelbagai mehnah, tribulasi, tanggapan, penerimaan masyarakat sekeliling terhadapnya… Namun begitu, sungguh besar jasa dia pada ibu dan ayahnya begitu juga adik beradiknya. Terdetik dalam hati ini hebatnya Allah SWT menciptakan sesuatu yang tidak dapat kita gambarkan. Dalam masa yang sama amat kagum dan tersentuh dengan kasih sayang yang dizahirkan oleh dia yang memiliki Down Syndrome. Kadangkala otak ini berfikir, walupun down syndrome dia masih tahu dan ingat untuk mebaca doa sebelum makan… Subhanallah.. kadang ada di antara kita yang masih terkial-kial untuk membaca doa makan, bahkan mungkin juga lupa untuk menyebut “Bismillahirrahmanirrahim.” Dia juga manusia biasa yang mungkin menghadapi kehidupan yang lebih mencabar daripada kita. Ibu dan ayahnya juga menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membesarkannya.
Namun, Itu tidak menghalangnya daripada menjadi hamba Allah SWT ,anak yang soleh serta abang yang penyayang. Bahkan, mungkin kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah SWT daripada kita. Nasihat untuk diri sendiri dan sahabat2, jangan mudah mengeluh apa yang Allah kurniakan kepada kita. Manusia adalah sebaik2 kejadian di atas muka bumi ini.
Buktinya… Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. [Surah At-Tin:4 ]
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Kita mesti akur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, ingat pesan ini “ kalau kita menghina sesuatu, samalah kita menghina penciptanya”… fikir2 kan lah…
Jadi sementara cuti semester masih berbaki, jalankanlah tanggungjawab kita sebagai anak dan hamba Allah sebaik-baiknya. Kuasailah ilmu sebanyak yang mungkin. Andai masih dalam kesedihan tentang keputusan peperiksaan semester lepas, jangan berputus asa. Masih ada harapan. Ujian Allah beri sedikit sahaja sebenarnya. Dan kita tidak tahu apa yang Allah kehendaki daripada kita sebenarnya. Tetapi sepatutnya kita amat arif Allah itu hanya mahu yang baik-baik sahaja kepada hambaNya. Namun oleh sebab dunia itu kita letak besar dalam hati kita, maka bila kehilangan sesuatu, kita pun hilangkan segala-galanya.
Sedangkan, selain perkara yang kita hilangi itu, rahmat Allah tetap wujud dengan wujudnya perkara lain di dalam kehidupan kita. Sekurang-kurangnya, kita masih hidup, diberikan peluang meneruskan kehidupan. Diberikan peluang BERUSAHA. Diberikan peluang untuk MENCUBA. Namun kita sempitkan dunia kita dengan keimanan kita yang lemah. Kejarlah cintaNya, hidup ini hanyalah untuk DIA… biarlah dipandang hina di dunia, tapi mulia disisi DIA…
“Allah ciptakan dunia kamu itu luas. Maka jangan sesekali kamu menyempitkan.”
~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~
salam a'laik ^^
ReplyDeletenice story~
perkongsian yg terserlah ketulusannya =)
sungguh, Allah sentiasa memberikan yg terbaik buat kita..
'hidup perlu syukur'
wallahua'lam..
Wslm,.dear.. ^^
ReplyDeleteSubhanallah.. bersyukurlah Allah masih peduli pd kita =)