Sunday, December 30, 2012

|Dia, si mujahidah|


Tersentak, terkesan,
Bila hayati maksud disebalik mujahidah,
Meski langit yang menangis membasahi bumi,
Meski hujan menjernihkan darahmu hingga merahnya tidak kelihatan,
Meski kau lemparkan senyuman persis Yusuf,
Dia tetap tidak terkalah,

Bukan beerti menyangkal fitrah,
Cuma tidak memberi ruang,
Pada peluang yang tidak mengikut syarak.


Dia,
Walau rentung,
Kotor,
Bercerai bersepai,
Impiannya satu,
Menggapai cinta yang satu,
Bukan cinta makhluk yang didahulu,
Tapi kasih DIA yang satu,
hanya syahid yang ditunggu-tunggu.

Dia,
Bila ditanya,
Apa sebabnya jelas begitu tabah,
Adakah setiap khabar berita,
Langsung tak hulurkan resah?,
Riak wajah tenang dan suci,
Senyuman tersimpul seikhlas hati,
Tanda redhanya pada takdir Ilahi,
Jawapannya cukup menenangkan hati,
“Allah kan ada!! Sentiasa di sisi.”

Apa saja mehnah dan tribulasi,
Dia tetap tidak terkalah.



Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia. Padanya ada hikmah ~

Sunday, December 16, 2012

Sebentuk cincin, seulas senyuman~! ^^


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,.

Allah.. Allah.. Allah.. ya Allah..
hah~! Korg perasan x alunan kalimah suci nih mesti ade sblum azan kt UMP Pekan.
PEKAN~tenang kan?

Ok2.. sebelum proceed kpd tajuk yg *sangat* best ats nih,. Meh sapu sawang dlu.. haih, berhabuk teqok sgt dh blog nh lama xupdate,. Kalut mcm2 aih..

Sebentuk cincin, seulas senyuman~! ^^

amboi tajuk~
hmm,.saat khusyuk dok download assignment AC MIZAL,. Owh salah, AC= Automatic Control..Teringat pula zaman muda-muda masuk universiti sampailah dh nk habis belajar.. time tu smua muka innocent lg tmbah2 Radhiah Mardhiah.. n yet, in several days...she's goin to be someone wife., oh, the memories are sooo sweet.. subhanallah..

di jalan dakwah aku menemuimu.

yaa,. Dok 1 negeri pon xkenal padahal sekolah dekat je kot. But, Allah py perancangan lagi hebat.. DIA temukan kami di universiti, penuh dgn segala memori indah dalam meninggikan kalimah Allah. syukran lillah.

|Oh, it’s her wedding~!^^

Radhiah binti Zainon, muslimat *OTAI*
sgt *CARING*, *SMART*, *UNDERSTANDING*, and might be sometimes dia agk *KALUT*  
>.<

Ye.. dah nk kawen. Hoh? Bila??? Hari apa? kat mana??
23rd December 2012
SUNDAY
JITRA, KEDAH
Mai jgn tak mai..

oh ya, whithin this week, smua MTA akan sibuk utk present FYP..
*MTA=Mahasiswa Tahun Akhir.

hoho,. Tak terkecuali lah si tuan tulis dan bakal pengantin Radhiah Mardhiah^^.
Moga Allah permudahkan urusanku dan juga urusan kalian.

“Dan berkatalah Tuhan kamu, Berdoalah kepada Aku, nescaya Aku perkenankan (permintaan) kamu!”
[Al-Ghaafir: 60]

In shaa Allah.. selesai presentation FYP, bakal pulang ke kg halaman, kedah.
going to be there, mngikuti segala persiapan majlis dari mula hingga akhir..
Moga Allah redha.

Buat Radhiah, moga menjadi hamba Allah yg beriman, isteri solehah, ibu mithali,.
moga bahagia hingga ke syurga. i'm going to miss u soon.. (+_+)


suara hati..

Sini : Assalamua’laikum w.b.t.
Sana: Wa’alaikumussalam w.b.t.
Sini: sihat?
Sana: Alhamdulillah. kenapa call?
Sini: Terasa macam nak cakap dengan seseorang..
Sini: Pasal apa?
Sana: Sibuk ke?
Sini: Agak..
Sana: Ok,.
Sini: Allah ada,.
Sana: Tahu.
Sini: Allahlah tempat mengadu..
Sana: Ya baik,.
Sini: Bangun malam ni. Jom sama2,.

Sunyi. Sepi. Titisan itu mula mengalir…

Sini: Kan bagus kalau ade di sini..
Sana: Tak bagus pun..
Sini: Kenapa?
Sana: Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh,.
Sini: Bila dekat asyik nak gaduh.( Tergelak dalam sebak)
Sini: Rindu sebenarnya..
Sana: Kenapa tak cakap?
Sini: Saje..
Sana: ana tunggu nti dtg sini.
Sini: in shaa Allah. doakan J

.:: Moga Allah redhai dan pelihara ukhuwah ini hingga ke syurgaNya ::.


p/s: itu buku radhiah mardhiah hasut suruh beli sbb dia smgt nk baca dulu.sekian. >.<



|Kita mentadbir, sedang Allah Pentadbir yang terbaik dan Pentakdir atas apa yang kita tadbir|