Friday, October 29, 2010

~SoLat: rEhAt bAgI pArA DAI'E~


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"




Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah…
Allah masih lg beri peluang pada kita utk bernafas hingga saat ini,. Masih diberi nikmat kesihatan tubuh badan.. Subhanallah..besarnya nikmat yg Allah anugerahkan…
Okai,.. let’s we travel to the topic up there.. “Solat: Rehat bagi para Daie”..
Hah…sebelum pena berkata2 dengan lebih banyak kenapa solat ni dikatakan rehat bagi para daie,. Mai kita selidik dulu,.. daie tu ape???
Daie tu maksudnye PENDAKWAH.. Setiap daripada kita yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah, ada hak yang harus kita laksanakan. Hak untuk kita menyampaikan kalimah itu kepada insan lain. Setiap daripada kita yang telah mengetahui sesuatu ilmu, ada hak yang harus kita laksanakan. Hak untuk kita menyampaikan apa-apa yang kita tahu itu kepada mereka yang tidak tahu.
Kerana apa? Kerana nanti kita akan ditanya di akhirat kelak tentang syahadah kita ini, dan tentang ilmu yang kita ada ini. Sudahkah kita menunaikan hak kita? 
Tugas pendakwah adalah menyampaikan Islam kepada umat manusia,. Pastikan kalimah yang dijulang paling tinggi adalah kalimah Allah. Tugas kita adalah menyambung perjuangan Rasulullah untuk mengembangkan Islam.

Ok,. Let’s us jump to the point about solat: rehat bagi para daie.. Pernahkah anda terfikir yg solat ini suatu nikmat bagi kita? Kita bekerja keras, lalu Allah memberi kita peluang utk berehat. Alangkah indahnya...
Sememangnya manusia sehari harian menjalani kehidupan penuh dengan kesusahan,.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” [Al Balad:4]

Jadi, saban hari kita melihat insan menjalani kehidupan mereka dgn penuh susah payah. Sehingga penatlah ia pada penghujung hari dan tertidur keletihan. Namun dalam kamus orang yang mahu kejayaan, berpenat itu adalah salah satu drpd dua :-
1) orang yg berpenat lelah semata² utk dunia material, mereka mendapat secukupnya dari hempas pulas mereka di dunia ini. Seperti firman Allah taala:

“….barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Asy-Syura:20)

2) Mereka yang berhempas pulas di jalan Allah, mengajak manusia kepada Allah siang dan malam. Di samping itu juga, mereka tidak melupakan bahagian mereka yg Allah sediakan dari kehidupan dunia..

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,” (Al-Qashash:77)

Maka kamu akan dapati golongan kedua ini berpenat lelah sepanjang harinya demi utk mengumpul bekalan mereka buat hari akhirat yg pasti.
Seorang soleh bernama Syeikh ‘Urfi pernah berkata ketika mengejutkan sahabatnya utk bangun malam:

“Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita.”

Jika kehidupan mereka ini kita teliti, nescaya kita akan melihat betapa masa yg mereka ada tidak mencukupi utk segala urusan mereka dan sentiasalah mereka dalam kepenatan dan otak mereka ligat berfikir ttg masalah dakwah yg perlu diselesaikan saban waktu.

Maka setelah kita melihat kesungguhan para daie tersebut, yg menjadi benchmark amalan kita, maka barulah kita menyedari apa yg dimaksudkan oleh Nabi saw ketika baginda menyeru kepada Akh Bilal bin Rabah dengan kata²nya..

“Arehna biha(ya’ini as solah) ya Bilaal”
“Wahai Bilal, (laungkanlah azan dan) rehatkanlah
kami dengan solat.”

No comments:

Post a Comment