Wednesday, September 8, 2010

biSkut kUrMa~ ahah,.



Salam buat semua,. hmm,. aidilfitri bakal mnjelma,. post kali nih che' nk share resepi biskut raya,..

Bahan2nye adalah:-

1) Tepung jagung 400g
2) Mentega
3) Telur ayam 1 biji
4) Buah kurma
5) cornflakes
6) Gula


Cara2:-


1)Masukkan mentega, 1/2 cawan gula, telur(kuning telur sahaja) dan tepung jagung ke dalam bekas,.
2)kacau bahan2 ini sehingga sebati menjadi doh..
3)untuk kurma, asingkan isi dan bijinya,..
4)isikan kuantiti kurma yg sesuai ke dalam doh yang telah dibentuk mengikut citarasa..
5) sapukan doh tersebut dgn putih telur
6)ratakan dgn cornflakes yg telah dikisar halus.
7) pada masa yg sama,panaskan ketuhar selama 5 minit.
8) kemudian, bakar biskut ini selama 20 minit pada 120 degree celcius.



SeLaMaT mEnCubA~!!
SaLaM AiDiLfiTri,. maaf zahir batin~~

Wednesday, September 1, 2010

fAsA kE-3 RAMADHAN,.bAgAimAnA ibAdAh kItA??

Lafaz Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh kpd semua,. Tudiaaa,. berkurun rsnya che' x post apa2 kat sini,.. kesibukan melanda diri,. mngajar erti pungurusan masa dan diri,.insyaAllah~
Ahah,. La ni bulan Ramdhan,.bagaimana ibadah puasa kalian? ok ka dak?? moga2 Ramdhan kali nih memberi kebaikan kpd kita semua at the same time mnjadi titik tolak untuk kita tingkatkan lagi ibadah kita kpd Allah SWT yg Maha Esa,.
Hmm,. Pejam celik,.pejam celik,. Dh masuk fasa ke-3 Ramadhan,. Hah,. Apa itu fasa ke-3 Ramadhan?? Tahukah anda?? (pandang k eats dan berfikir)
Meh2..(tengok sini balik),. Kita tengok apa yang dimaksudkan dgn fasa ke-3 Ramadhan..

Fasa Ketiga ialah “Itqun Minan Nar” Bebas dari cengkaman api neraka  .
Menanti di fasa terakhir Ramadhan ini ialah bebasnya dari api Neraka dalam ertikata setelah melalui dua Fasa Ramadhan, maka di penghujung Ramadhan janji Allah kepada manusia ialah terbebasnya manusia dari api neraka. Terbebasnya manusia dari api neraka ini merupakan hadiah Rabbul Jalil kepada mereka yang bersungguh-sungguh memenuhi Ramadhan dengan keyakinan , kepercayaan, ketelusan dan kesabaran mereka inilah yang akan diampunkan oleh Allah SWT.
Fasa terakhir Ramadhan ini dianugerahkan oleh Allah SWT dengan malam Lailatul Qadar. Umat Islam akan memperolehi pahala dan keberkatan  amalan dengan melebihi seribu bulan. Walaubagaimanapun ia hanya boleh diraih bagi mereka yang berusaha keras dengan mengikut tertib dan amalan yang telah digariskanpandukan oleh para ahli ibadat dan salafussoleh.
Untuk mendapatkan kemuliaan dan keagungan malam fasa ketiga dan terakhir  Ramadhan ini ialah dengan memperbanyakkan (1) berzikir, (2) bertakbir, (3) bertahlil, (4) berdoa, (5) beriktikaf, (6) bertadarus Al-Quran hingga khatam, (7) beristighfar dan (8) mendirikan Qiamullail.

Haa… dah taw dah kan apa yg che’ dok sebut fasa ke-3 Ramadhan td? Hmm,. Kt sini che’ nk zoom kt beberapa amalan yg kita yg kita patut perbanyakkan dlm fasa ke-3 Ramadhan nih,.

 BERZIKIR

Hampa(kamu) semua rajin dak dok berzikir?? Kalo rasa2 sebelum ni kita kurang berzikir,.mai pakat2 kita rajin berzikir,. Moga2 ni permulaan untuk kita selalu berzikir secara langsung sentiasa ingatkan diri kpd Allah S.W.T.
IBADAT yang sangat dianjurkan Islam kepada umatnya dalam kehidupan seharian ialah berzikir kepada Allah. Jika ditinjau secara halus, zikir ni amalan paling mudah dan x membebankan bagi Muslim untuk melaksanakannya berbanding ibadat solat, zakat serta puasa.

Fadilat dan keistimewaan amalan berzikir ini, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! (untuk bersyukur kepada Allah) ingat serta sebut nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Bertasbih kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Apabila kamu melewati taman syurga, hendak kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah? Ujar Baginda SAW: Ialah perhimpunan zikir.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

2.      BERDOA

Seperti yg kita semua taw,. Doa org yg berpuasa ini antara doa2 yg akan dikabulkan oleh Allah SWT,. Jadi mai sama2 di bulan yg baik ni kita berdoa kpd Allah SWT.Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia.
Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemu peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah :


 (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).




BERTADARUS AL-QURAN
Apa kata kita pakat2 tadarus Al-Quran,. Buleh dpt pahala,. Buleh jgk perbaiki bacaan,. Hah,. 2 advantages in 1 action~
Jom kaih ajak kwn2 bertadarus,.
Pada bulan Ramadhan, pahala amal kebaikan akan dilipatgandakan oleh Allah SWT. Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang memeriahkan bulan Ramadlan dengan ibadah/qiyamu ramadhan; (dan dilakukan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan diampuni segala dosanya yang telah lalu”. (Shahih Bukhari, h.1870)

Syaikh Nawawi Al-Bantani menjawab, termasuk membaca Al-Quran adalah mudarasah, yang sering disebut dengan idarah. Yakni seseorang membaca pada orang lain. Kemudian orang lain itu membaca pada dirinya. Yang seperti itu tetap sunah.” (Nihayah al-Zain, 194-195)



 MENDIRIKAN QIAMULLAIL

Lakukanlah qiammullail pada setiap malam, semoga kita semua bertemu dengan lailatul qadar. Cubalah untuk menitiskan air mata, walaupun hati kita ni begitu keras untuk merasai nikmat ibadat kepadaNya.



Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar "

(Surat al-Qadar ayat :1-5 ) 

Jangan sia-siakan waktu yang ada, rebutlah peluang keemasan ini. Sedangkan Rasulullah s.a.w. . Sendiri menanti-nanti malam tersebut dan melipat gandakan amalan Baginda, inikan lagi kita sebagai hamba yang banyak melakukan dosa dan sedikit amal.

Renungilah kembali ayat 183 surah al-Baqarah,.

Wallahua’lam,. Moga post kali ini menjadi peringatan kpd kita semua utk tingkatkan lg ibadah,. Bkn shj pd bulan Ramadhan bahkan pd masa akan dtg,.InsyaAllah~
~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~