Thursday, July 15, 2010

fOr thE 1st tImE~


Assalamualaikum pembuka bicara,
pertama kali nak tulis sniri,
xtaw lah pulak nk cakap psl apa,
arap2 idea dtg tiba2 masa ni.

Hmm,. for the 1st time i'm going to write it by my self,.. hoho~
To tell u all the truth,. my main interest is about editing picture/wallpaper etc. 
Writing?? this is my 1st try.. 
Last nite, my bestfriend told me that mostly the readers are more attract to read the blog which has been writing by the blogger herself/himself.. is it?? its quite made me dissapointed to know that,.(patot xde org komen kt post2 sblum ni,.ade komen kt shout box je).. So, i asked some of my friends about their opinions (dari sumber2 yg bleh diprcayai) and now,. here it is,. i'm trying to write by myself,..
but...... what topic i'm going to share with all of u?? hmm,..because there are many unpredictable events happened in my life,. so i think i'm going to talk about this words.."bersedia untuk tidak bersedia",.
why??? ahah,. bak kata senior2ku,. kata nk jd "mahasiswa peduli",.. kena lah selalu bersedia~
Well,. maybe it is hard to accept something we are totally not predict to face it,. tapi bila Allah nak kan sesuatu maka akan trjadilah,. 

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.
[yassin:87]


Jangan mempersoalkan kenapa terjadinya sesuatu perkara itu tetapi berfikirlah ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. jangan khuatiri jika anda benci akan sesuatu perkara itu namun ingatlah untuk “+ve thinking” atas setiap yang berlaku..


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.[ Al-Baqarah:216]

hayati dan fahamilah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ini.. "Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"... beranikanlah diri untuk menghadapi cabaran sebelum membuat apa2 tekaan.. InsyaAllah,.Allah sentiasa bersama hamba2Nya yang beriman...

KatA2 hIkmAh~
Moga Dapat direnungkan bersama kata-kata di bawah.. Kata-kata Hikmah, penawar bagi hati...

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


sesungguhnya diri ini sedang di uji,. melakukan sesuatu yang kurang diminati,.. mugkin ada hikmah yang tersembunyi,. wahai diri,.ikhlaskanlah hati.. moga pengalaman ini mengajar diri...untuk hadapi dunia yang semakin mencabar keimanan dan kewibawaan diri..."bersedia untuk tidak bersedia"..hah,.dah teruji diri sendiri,. bersediakah diri?? kepada Allah kita mohon kekuatan untuk menghadapi.. jangan lupa,. xcukup sekadar berdoa kpd Ilahi,. tanpa usaha dan tindakan,.tak ada apa yang akan terjadi.. rasanya cukuplah sampai di sini... lain kali cerita lagi,. ayat pon dah jadi rojak kat sana dan kat sini,.
cuma nak habaq kat sini,. yang baik itu dtg dari Allah,.yang kurang itu dari kelemahan diri ini.. moga coretan ini memberi manfaat kepada pembaca dan diri sendiri,.

dah baca jangan lupa share kat kawan2 lawati blog ini..

~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~

Monday, July 12, 2010

Kelebihan solat berjamaah dari sudut pandangan seorang bukan Islam~

Assalamu'alaikum para sahabat dan sahabiah sekelian. Marilah kita bersama-sama renungkan pengajaran daripada cerita ini dan menyingkap sedikit ke dalam diri kita tentang sejauh mana kita cuba menuruti perintah agama dalam mencari  kelebihan dalam setiap amalan kita, terutamanya solat(berjamaah). Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia  setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan. Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama (Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.


Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, tubuh  kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita. Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat. 


Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus,  membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi. Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan  banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukkan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), sebanyak tiga rakaat. 


Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar). Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya' mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malah amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat Baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangkan di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya' (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi. Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Ta'ala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Ta'ala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah. "Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan sesuatu itu sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka", maksud firman Allah dalam surah Ali Imran.

Saturday, July 10, 2010

AkU mALu,.tIdAkkAh kAmu???

Rasa MALU..

Yang seharusnya ada pada setiap wanita..



Rasa MALU..

Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..



Rasa MALU..

Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..



Jadinya..

Setiap langkahmu selama ini..

Tanpa rasa takut padaNya..

Tanpa rasa berdosa padaNya..



Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?


"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)



Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..

Sesungguhnya engkau umpama bunga..

Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..

Merah, biru, kuning, apa sahaja..



Tapi awas!

Kuntuman yang sedang mekar..

Turut bersamanya haruman yang tersebar..

mungkin saja dirimu tidak sedar..



Engkau tidak bersendirian..

Sebenarnya engkau diperhatikan..

Dek kumbang yang berpergian..

Mencari tempat persinggahan..



Lebih ku khuatiri..

Dirimu dihampiri..



Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..

Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..



Juga ku khuatiri..

Pabila dirimu dihampiri..

Kau semakin lupakan diri..

Membiarkan dirimu disinggahi..



Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..

Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..

Engkau bukan Khadijah wanita mulia..

Engkau juga bukan Aisya Humaira..

Apatah lagi rabiah kekasihNya..



Engkau hanya insan biasa..

Umpama bunga..

Mudah saja dipetik kelopaknya..

Seandainya tak dipagari malu,

Kan mudah juga layu..



Wahai saudariku..

Aku malu..

Pada diriku..

Pada dirimu..



Ya Allah..

Aku juga rasa malu..

Malu kerna aku lupa untuk malu,

Malu yang seharusnya hanya padaMu..



Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..

"Wanita itu aurat yang tertutup.."



Maka..



Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..

Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..

Bentengilah dirimu dengan rasa malu..

Lebihkan rasa malumu

Lebih lagi di hadapan Penciptamu..



Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya..

Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..

Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua..


Bismillahirrahmanirrahim..



Ya Allah.. Peliharalah aku..

Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan

apa yang ku katakan..

Ya Allah.. Peliharalah aku..

Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..

Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa

telah ku usahakan apa yang ku katakan..

Kerna Kau juga menyaksikan

Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..

Maka dengan itu..

Ampunilah aku atas segala kekhilafan..

Amin ya Rabbal 'alamin..



Wasalam..
sumber::Iluvislam~