Friday, January 4, 2013

Part I : Tuhan, jagakan dia.


Entah kenapa aku berasa begitu gembira dan teruja seusai sahaja sampai di sini. Salah sebuah institut pengajian tinggi di negeriku, Kedah. Luasnya.. cantiknya.. tinggi-tingginya bangunan kat sini.. monolog aku sendiri.. “ni ka universiti?” soalan itu terlintas di fikiran sambil melihat keadaan sekeliling universiti.Mataku terkebil-kebil melihat tempat baru itu sambil ibu sibuk menguruskan pendaftaranku untuk program SUMMER CAMP.

“adik, duduk elok-elok sini..apa-apa nanti bagitau depa ok..duduk elok-elok dengan kak imah..ibu nak balik dah ni..” pesan ibu.. pertama kali berjauhan dengan anak bongsunya..aku tersenyum simpul, pertama kali pergi camping, macam-macam perasaan ada.. takut? Ntah laa.. perasaan budak yang baru berusia 7 tahun, tau apa? Best sebab tempat baru tak pernah mai..hmm, mungkin kerana sepupuku, kak imah ada bersama.. segala kegusaran hilang (dalam kepala otak ingat nanti duduk satu bilik) but yet, jangkaan aku meleset, we have to stay in the difference room. Oh no!!!!!!!! T_T

Asrama Putri Cempaka.

Aku melihat papan tanda yang tertera pada bangunan di hadapanku. Ya, itu nama asrama yang aku bakal menginap sepanjang 3 hari 2 malam di program ini.

“Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakaatuh..” senyuman manis terukir di wajahnya..

“Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh Kak Fatimah (sambil melihat nametag yang dipakainya)..” dalam hatiku terpegun dengan wajah manis Kak Fatimah yang tak lekang dengan senyuman. Senyuman yang *ikhlas* dari hati.

“Comelnye awak..siapa nama?”

“Anis…(jawabku sambil tersipu-sipu. Kakak tu puji aku comel la..hahah^^)

“Ok, jom ikut akak.. nak tunjukkan bilik..”

Aku mengekori Kak Fatimah sambil melihat keadaan sepanjang menuju ke bilik. Teruja bila pertama kali sampai di universiti yang sebelum ini disebut-sebut oleh ibu dan ayahku dan akhirnya aku menjejakkan kaki juga walaupun untuk program Summer Camp bukan untuk sambung pelajaran (baru umur 7 tahun laa..hehe..)

“haa..kita dah sampai,ni bilik adik.. kalau ada apa-apa bagitahu akak ye..”

“Ok akak.. terima kasih..” aku mengucapkannya sambil melemparkan senyuman.

Dan beberapa minit kemudian, datang seorang budak perempuan yang umurnya sebaya denganku juga masuk ke dalam bilik.. ya, dia ‘roomate’ku untuk sepanjang Summer Camp di sini.

“Assalamua’laikum.. nama saya, Fatin, awak pula?”

“Wa’alaikumussalam.. owh, nama saya, Anis.. selamat berkenalan..”

…senyuman terukir di kedua-dua wajah…

******************************************************************************
KRIIIIIINNNNNNNNGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!

“Fatin.. bangun.. bangun.. dah pukul 5.00 pagi.. kita semua kena pegi masjid.. kak Fatimah kata ada Qiamullail..”

“Yeke? Huuu… mengantuknye..”

“Eh.. jangan tidur semula..nanti semua orang dah pergi tinggal kita saja kat sini.. Anis takut kena marah sebab lambat..”

Fatin menggosok-gosok matanya, bangun antara rela dan tidak.. Lantas dengan sepantas yang mungkin kami pon bersiap sedia menuju ke masjid.. Kak Fatimah kelihatan di luar asrama, dia dan rakan-rakannya memastikan kami semua ada untuk menuju ke masjid dengan selamat...

“Eh, Kak Fatimah ada.. seronoknya..” kata hati kecilku.. mahu tak ‘excited’ kakak comel dan baik hati ada.. Al-maklumlah.. anak bongsu, bila berjumpa dengan seorang yang lebih berusia dan memiliki sifat seorang kakak, manja itu datang laa.. ish.ish.ish…

Setelah tiba di masjid, kami mengikut imam untuk solat sunat tahajjud, solat taubat, solat hajat, solat witir.. tersengguk-sengguk juga aku.. tak biasa bangun awal-awal pagi berqiamullail selalu.. huuu.. tapi, suara imam tu merdu!
Subhanallah.. ketenangan dirasa..

Selesai solat Subuh dan membaca mathurat.. aku berkemas sambil melipat telekung yang dipakai mengadap Ilahi sebentar tadi.. sedang asyik melipat telekung.. aku terdengar seperti ada suara sayup-sayup memanggilku.. pada mulanya aku tidak hiraukan tapi semakin lama semakin kuat pula panggilan itu.. aku pun menoleh ke sebelah mencari dari mana datangnya panggilan itu.. dan bila aku menoleh…

-to be continued-
by: SarahMaisarah

p/s: the character's name is randomly picked.^^

Tuesday, January 1, 2013

Today is the day!

Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakaatuh..

Oh yeah,. Subhanallah.. untung jugak dok blok dekat dgn masjid,. Bole dgr tazkirah subuh free.. tp lg untung bg mereka yg penat lelah mendaki tangga ke masjid walaupun UMP Pekan maju dgn adanya lif^^.. setiap langkah dikira pahala ok..

And the tazkirah is about 5 golongan manusia.. dan rasa2 kita yg mna satu ha?

1.     Manusia yang suka ambil tahu
2.     Manusia yang malas ambil tahu
3.     Manusia yang tahu, tapi buat-buat tak tahu
4.     Manusia yang tak tahu dan malas ambil tahu
5.     Manusia yang tak tahu, tapi buat-buat tahu

Tapi apa yg lebih menarik perhatian si tuan tulis adalh ttg 3 golongan manusia. Apakah???

1. HIDUP DEMI DUNIA SEMATA-MATA
Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud: "Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): `Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan." (surah al-An`am 6: 29)
Golongan ini adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan...

2. GOLONGAN YANG PERCAYA KEWUJUDAN AKHIRAT NAMUN....
Mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagian "di sana".. Mereka selamba bersuka ria di dunia tanpa berusaha gigih untuk mencapai kebahagiaan di akhirat..

3. GOLONGAN YANG MENGANGGAP DUNIA INI ADALAH LADANG AKHIRAT.

Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" 
(Surah Al An’am, Ayat 32)

Di manakah kita agaknya?


**************************************************************

And the main point on what I’m going to talk is about today. As we know, skrg ni musim student IPT tgh final exam and for sure semua tgh struggle study with all the preparation nk p perang.. NAK PI BERJIHAD lah katakana. And my 1st day of the final examination is today,. Hah, teringat kata2 adik usrah marya shi, lepas sejam xboleh nk focus dah. So, I decide to write something here. Manusia sibuk sgt kan nk jaga pointer dan nervous sgt2 bila nk jawab exam dunia, but yet we forgot about final exam akhirat kelak n there will no chance to repeat any paper/question again.. Allahurabbi…

I don’t deny that result akademik juga amat penting, sgt penting utk Islam supaya kelebihan yg ada dapat membantu meninggikan kalimah Allah. that’s the main purpose why we need to study all those thing,. Engineer ka, doctor ka, cikgu ka.. tujuannya biarlah utk Islam itu sendiri.. *Matlamat utama adalah redha Allah*

By the way, bittaufiq wannajah fil imtihan. Even though there are several of u have been started the paper, I hope I’m not very late to wish u all the best!

#listening to the recitation of yassin or any surah from the Quran can make u feel calm. J

p/s: tampal dlm loker.. sambil2 bukak nk tgok cermin tu bacalah ayat reminder utk diri. “APA YANG AKU DAH BUAT UNTUK ISLAM HARI INI?”


I do love editing pictures but not really good in taking pictures.
maybe kena cari soulmate yg pndai amek gmbar kot. 
oh,no.. don't disrupts with this.

"Aslih Nafsak Wad'u Ghairak"
"Perbaikilah diri kamu, dan (pada masa sama) ajaklah orang lain."
[Allahyarham Sheikh Mustapha Masyhur]





Sunday, December 30, 2012

|Dia, si mujahidah|


Tersentak, terkesan,
Bila hayati maksud disebalik mujahidah,
Meski langit yang menangis membasahi bumi,
Meski hujan menjernihkan darahmu hingga merahnya tidak kelihatan,
Meski kau lemparkan senyuman persis Yusuf,
Dia tetap tidak terkalah,

Bukan beerti menyangkal fitrah,
Cuma tidak memberi ruang,
Pada peluang yang tidak mengikut syarak.


Dia,
Walau rentung,
Kotor,
Bercerai bersepai,
Impiannya satu,
Menggapai cinta yang satu,
Bukan cinta makhluk yang didahulu,
Tapi kasih DIA yang satu,
hanya syahid yang ditunggu-tunggu.

Dia,
Bila ditanya,
Apa sebabnya jelas begitu tabah,
Adakah setiap khabar berita,
Langsung tak hulurkan resah?,
Riak wajah tenang dan suci,
Senyuman tersimpul seikhlas hati,
Tanda redhanya pada takdir Ilahi,
Jawapannya cukup menenangkan hati,
“Allah kan ada!! Sentiasa di sisi.”

Apa saja mehnah dan tribulasi,
Dia tetap tidak terkalah.



Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia. Padanya ada hikmah ~

Sunday, December 16, 2012

Sebentuk cincin, seulas senyuman~! ^^


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,.

Allah.. Allah.. Allah.. ya Allah..
hah~! Korg perasan x alunan kalimah suci nih mesti ade sblum azan kt UMP Pekan.
PEKAN~tenang kan?

Ok2.. sebelum proceed kpd tajuk yg *sangat* best ats nih,. Meh sapu sawang dlu.. haih, berhabuk teqok sgt dh blog nh lama xupdate,. Kalut mcm2 aih..

Sebentuk cincin, seulas senyuman~! ^^

amboi tajuk~
hmm,.saat khusyuk dok download assignment AC MIZAL,. Owh salah, AC= Automatic Control..Teringat pula zaman muda-muda masuk universiti sampailah dh nk habis belajar.. time tu smua muka innocent lg tmbah2 Radhiah Mardhiah.. n yet, in several days...she's goin to be someone wife., oh, the memories are sooo sweet.. subhanallah..

di jalan dakwah aku menemuimu.

yaa,. Dok 1 negeri pon xkenal padahal sekolah dekat je kot. But, Allah py perancangan lagi hebat.. DIA temukan kami di universiti, penuh dgn segala memori indah dalam meninggikan kalimah Allah. syukran lillah.

|Oh, it’s her wedding~!^^

Radhiah binti Zainon, muslimat *OTAI*
sgt *CARING*, *SMART*, *UNDERSTANDING*, and might be sometimes dia agk *KALUT*  
>.<

Ye.. dah nk kawen. Hoh? Bila??? Hari apa? kat mana??
23rd December 2012
SUNDAY
JITRA, KEDAH
Mai jgn tak mai..

oh ya, whithin this week, smua MTA akan sibuk utk present FYP..
*MTA=Mahasiswa Tahun Akhir.

hoho,. Tak terkecuali lah si tuan tulis dan bakal pengantin Radhiah Mardhiah^^.
Moga Allah permudahkan urusanku dan juga urusan kalian.

“Dan berkatalah Tuhan kamu, Berdoalah kepada Aku, nescaya Aku perkenankan (permintaan) kamu!”
[Al-Ghaafir: 60]

In shaa Allah.. selesai presentation FYP, bakal pulang ke kg halaman, kedah.
going to be there, mngikuti segala persiapan majlis dari mula hingga akhir..
Moga Allah redha.

Buat Radhiah, moga menjadi hamba Allah yg beriman, isteri solehah, ibu mithali,.
moga bahagia hingga ke syurga. i'm going to miss u soon.. (+_+)


suara hati..

Sini : Assalamua’laikum w.b.t.
Sana: Wa’alaikumussalam w.b.t.
Sini: sihat?
Sana: Alhamdulillah. kenapa call?
Sini: Terasa macam nak cakap dengan seseorang..
Sini: Pasal apa?
Sana: Sibuk ke?
Sini: Agak..
Sana: Ok,.
Sini: Allah ada,.
Sana: Tahu.
Sini: Allahlah tempat mengadu..
Sana: Ya baik,.
Sini: Bangun malam ni. Jom sama2,.

Sunyi. Sepi. Titisan itu mula mengalir…

Sini: Kan bagus kalau ade di sini..
Sana: Tak bagus pun..
Sini: Kenapa?
Sana: Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh,.
Sini: Bila dekat asyik nak gaduh.( Tergelak dalam sebak)
Sini: Rindu sebenarnya..
Sana: Kenapa tak cakap?
Sini: Saje..
Sana: ana tunggu nti dtg sini.
Sini: in shaa Allah. doakan J

.:: Moga Allah redhai dan pelihara ukhuwah ini hingga ke syurgaNya ::.


p/s: itu buku radhiah mardhiah hasut suruh beli sbb dia smgt nk baca dulu.sekian. >.<



|Kita mentadbir, sedang Allah Pentadbir yang terbaik dan Pentakdir atas apa yang kita tadbir|


Monday, November 12, 2012

ABAQUS ke REVIVING SOUL’s CAMP?


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,.
|Subhanallah| Alhamdulillah|Allahuakbar|

Long time no see.. Fuh.fuh,. memang bersawang + berhabuk dah blog nih tiada update sejak2 Aidiladha hari tu.. final year doh skrg.. busy doing final year project (FYP) lah katekan.. Finite Element Modelling of Head Impact for Human Skull (Ball Impact). Hah, bila PURE mechanical kena belajo pasal BIOmechanical~

Fighting!>.<
owh,ok.. jump to the main topic that I wanna share with all of u…

|Mencipta seni kematian, bukan hanya sehari dua..
Bahagia di syurga, atau terseksa menderita, kita sendiri yang pilih. Kita sendiri yang atur langkah.

Any idea floating on ur mind after read those sentences above?
Dalam keserabutan melaksanakan kerja2 yang bertimbun-timbun sambil melayari internet mencari info2 berkaitan, tersentak mujahidah membaca ayat-ayat di atas.

Don’t u ever notice that sometimes tanpa sedar kita mengeluh apabila diberikan kerja/amanah2 yang berat, TEKANAN yang hebat yang barangkali bisa membuatkan diri rebah dalam larian mujahadah menuju redha Allah.. Ya Rabbi.. Astaghfirullahal a’zim3x..


PRESSURE + HEAT = DIAMONDS


Fikiran mula berputar-putar tatkala memikirkan apa yang cuba disampaikan ayat ini..

|Mencipta seni kematian, bukan hanya sehari dua..

Nahh! Allah sedang memberi peluang mencipta seni kematian. Betungkus lumus melaksanakan sesuatu demi kebahagian & kebaikan ummah, dakwah kepada diri sendiri, keluarga, adik-adik, sahabat sahabiah bahkan masyarakat sekeliling, bukankah itu peluang2 yang Allah beri untuk topup pahala? LETIH.STRESS.TERKILAN.GERAM. itu semua asam garam kehidupan. Mehnah dan tribulasi dalam membentuk diri menjadi muslimah hebat, muslimah KENTAL~!

"Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat"
[Surah Al Baqarah ayat 269]

|KEKECEWAAN hari ini adalah KEKUATAN untuk hari esok.

10th November 2012|Jam 9.35pagi… tayar bergolek menuju ke suatu destinasi..

REVIVING SOUL’s CAMP
10th November – 12th November 2012
PERFORM~!

Mujahidah solehah baru pulang dari Lata Jarum, pi tengok2 sat adik2 camping kt sana, Subahanallah. best kot.. Cuma tiada kesempatan untuk join aktiviti atas beberapa sebab tertentu.. insyaAllah di lain masa, berbeza hari.. dengan izin Ilahi..suatu hari nanti.. J

Memang OSEM LAH~!
Sesekali menenangkan jiwa dan fikiran melihat alam sekeliling ciptaan Ilahi. Sungguh. KETENANGAN itu terasa. Syukran lillah..

Alhamdulillah, on the way pulang.. Mujahidah bersama 4 orang adik2 diberi peluang sujud pada Ilahi.. solat berjemaah bersama, maghrib dan jamak taqdim isyak.. Alhamdulillah. Islam itu mudah. Seusai solat,perjalanan pulang ke kampus tercinta diteruskan.. beberapa jam kemudian kami selamat sampai ke destinasi. Segala pengalaman yang di rasa, bisa membuatkan diri menjadi semakin tabah dengan pelbagai rintangan, cabaran mahupun tekanan. Moga Allah redha..

"Hidup manusia bagai tersesat di hutan belukar yang penuh dengan onak dan duri, walau pedih dan bercalar, namun harus direntasi juga untuk kita temui jalan keluarnya"

"...... Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."
[Surah ali Imran ayat 7]

Till then, jumpa lagi di lain masa.

psm.psm.psm.

abaqus.abaqus.abaqus.

Moga Allah permudahkan segalanya..


|Kenangan semasa program KULIM di IIUM Kuantan|

|La Tahzan. Senyum dan cerialah wahai mujahidah..| (^_^)

Monday, August 20, 2012

Nirvana VS NirWana?????



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,.

Currently at the hometown. Aloq Staq, Kedah. A very calm morning full of love from family members.. Alhamdulillah...Waaah! So long didn’t update my blog,. Young engineer getting busy^^
*Future* engineer, InsyaAllah..
Hmm,. Rasanya belum trlambat lagi nk ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” buat semua..
Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya kareem.. even though, Ramadhan dh berakhir tp biarlah roh Ramadhan tu masih subur dalam diri,. Keep on rising up ibadah efficiency! 


Long time no update, hidup mujahidah sorang ni sarat dengan mcm2 rahsia dan kejutan drpd Allah,.

Last semester, while struggling for the final exam.. diuji dengan dugaan yang sangat2 menguji kesabaran seorang insan. *Sangat*. But yet, I remember one word. AQIDAH. Keyakinan yang utuh pada Allah s.w.t. That word makes me still move on. No matter what happen I’ll never stop. NEVER. Thank you so much for the LOVE ONE, ALLAH and also sahabat/iah yg sentiasa memberi kata2 semangat. THANKS!
On that time time, I am keep thinking why the problem happens to me, but then I realized,. Allah nak tunjukkan sesuatu. KEPERCAYAAN dan AMANAH sangat berkait rapat dengan ukhuwwah. UKHUWWAH is the most significant element in life. Sebab tu Allah berfirman;


*Keep on memorizing the surah*

Okeh, talking about hari raya.. masa ni lah kita nak berkunjung ke rumah saudara mara, sahabat sahabiah, cikgu2 and so on.. Yes, I did it. Semalam ada sahabiah sekolah rendah jemput datang rumah nenek dia, apa lagi.. contact semua kawan2 lama and we are planning to go there. Facebook is useful.hah. While planning to go there, we are very *suspicious* about the address given by her.. *JALAN NIRVANA* hah, ganas kan nama. But actually, the street name is *Jalan nirWana* =_=’ Alhamdulillah we finally reached at her grandma's home. =)

Then, teringat zaman sekolah dulu2, pkai tudung senget2, main kejar2 sampai ade hilang gigi,. Hehe,. One of my friends called the headmistress of the primary school, oh yes. Kami p rumah dia. SANGAT OSEM. Her name is, Cikgu Rodziah. Masih seperti dulu, ceria, kaya dengan kasih sayang seorang ibu. SAYANG SANGAT. Cikgu besaq yg paling OSEM lah kire! Thank a lot cikgu sebab didik kami jadi insan berguna. Our second parent. APPRECIATE it so much. 

"Aslih Nafsak Wad'u Ghairak"
"Perbaikilah diri kamu, dan (pada masa sama) ajaklah orang lain."
[Allahyarham Sheikh Mustapha Masyhur]



Owh, till then. Nanti continue lagi. Nak sambung siapkan amanah2 yang tertangguh.

|Kita mentadbir, sedang Allah Pentadbir yang terbaik dan Pentakdir atas apa yang kita tadbir.|

Monday, June 25, 2012


Hati..
Jangan merajuk lagi..
Hati..
Kesatlah air mata yang mengalir setiap hari..
Hati..
Biar kau diguris,
Biar kau ditoreh,
Itu kan tanda Allah kasih..

Kasih..
Seringkali aku mengucapkan cinta,
Seringkali aku mengucapkan sayang,
CintaMu tak pernah hilang,
Tapi aku yang selalu curang..

Sayang..
Terima kasih kerana sangat memahami,
Tanpa perlu ku ucap,
Hanya terdetik sahaja di hati,
Kau terus kabulkan niat di hati.

Ya Rahman… Ya Rahim…
Kau saja pemilik hati,
Kau saja yang bisa melembutkan hati,
Kau saja yang memegang hati ini…
Allah….