Tuesday, November 22, 2011

Khas buatmu...

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…

Malam ini..mujahidah ini gagal untuk melelapkan mata.. ntah mengapa.. mungkin kerana risaunya assignment yang bertimbun masih belum disiapkan (tengah cuba siapkan, namun masih berbaki), atau mungkin test yang bakal menjelma pada minggu akan datang, atau mungkin rindu yang teramat akan sahabat2..

Dulu.. Pernah kudefinisikan ukhuwah hadir kerana seringnya kita berinteraksi, sehingga semakin mengenal dan saling memahami..
Dulu... Pernah kufikirkan bahawa ukhuwah hadir kerana lapang dan dalamnya hati dalam memahami..
Dulu.. Pernah hati berkata ukhuwah hadir ketika seorang memahami dan membantu saudaranya dengan hati yang lapang dan ikhlas...
Ternyata itu semua bukanlah ukhuwah itu sendiri, lalu apa itu ukhuwah?
Sahabat, itulah persoalan yang pernah bermain-main cukup lama di benak mujahidah seorang ini, salah seorang saudaramu. Ya, sebenarnya ukhuwah itu apa? Apakah sekadar seperti yang kusebutkan diatas, adakah sekadar apa yang hatiku berkata, adakah sekadar inferens semata.. ternyata tidak. Menjawab pertanyaan tersebut, segera kubuka buku pedoman hidup seluruh manusia, penyejuk jiwa.. Al-Quran.. Ternyata jawapannya ada disini! Subhanallah, terkenang pesanan naqibahku, kak farah ^^ (Allah..rindu utk berkongsi ilmu dgnmu seperti dulu, ukhti).. pesannya, jadikan Al-Quran teman yang paling rapat.. yes, you’ll find something new everytime you read it.. insyaAllah.. ya.. Surah Al-Anfal ayat 63.. ada jawapannya..


Hayati maknanya… ternyata ukhuwah itu sebenarnya nikmat yang amat berharga Allah s.w.t. telah anugerahkan kepada kita..maka tidak hairanlah nikmatnya berukhwah pun dirasakan ketika keimanan kita sedang dalam kondisi baik. Ya ukhti..ya akhi.., cuba kita renungi kembali, ketika ukhwah semakin kering, ketika ukhuwah hanya sekadar menjadi pemanis bibir tanpa tindakan, ukhuwah hanya ada dalam dunia harapan dan impian, ketika kita semakin tidak selesa dengan saudara-saudara kita, hal pertama yang harus kita lakukakan adalah “make a medical check up!” bukan berjumpa doktor di hospital atau di klinik untuk pemeriksaan kesihatan fizikal namun apa yang dimaksudkan di sini adalah koreksi kembali keadaan iman kita. Siapa tahu keimanan kita yang semakin menipis yang membuat Allah mencabut nikmat ukhuwah dari hati-hati kita. Allah…

Tatkala diri diuji dengan keimanan yang menipis maka tiada lagi husnuzon (berbaik sangka) terhadap dia yakni sahabat yang disayangi, prasangka-prasangka yang mematikan hati pula muncul..  Sahabat yang disayangi, ketika kita merasa ukhuwah diantara kita semakin mengering bahkan kontang, yang pertama.. Ayuh! kita periksa kondisi keimanan kita dan saudara-saudara kita, kemudian saling ingat mengingatkanlah dalam kebenaran dan ketaqwaan..
“kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan saling berpesan
dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran.
[Surah Al-Ashr : 3] 

Peliharalah dan bersyukurlah dengan apa yang Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang anugerahkan buat kita, hambaNya yang dhoif lagi hina tanpa pertolonganNya…

p/s: 1)Rindu utk sama2 berkejaran2 pada pagi yang dingin di saat yang lain masih tidur dibuai mimpi.. rindu menuju ke tempat istimewa itu lg… bersamamu.. sahabat.. J
2) tak lupa juga pd naqibah2ku yg lain.. syukran jazilan a'la kulli hal.. 

Tuesday, October 18, 2011

Ape??? Ade lagi??


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Nak tahu perbincangan lebih mendalam tentang akhlak wanita???
Let's join this talk show, "Semerah Gincu Dibibir"~

HARI: Khamis
TARIKH: 20 Oktober 2011
TEMPAT: UMP Pekan ( Antara Blok A,B dan C)
MASA: 6.30 Ptg-11.00 Mlm
PANEL: Catriona Ros, Ustazah Safiyyah, Ustazah Husna (Moderator)      
*Merit disediakan bagi yang hadir~
*Iftar percuma buat warga Pekan, 100 org pertama yg mendaftarkan diri~
*Bas disediakan bg mahasiswa dari Gambang dan UMP@City (Bertolak jam 7.30Mlm)
3 bas dari gambang (Naik di Bus Stop UMP)
1 bas dari UMP@City (Naik di tempat biasa bas UMP ambil pljar)

Jom pakat2 dengaq forum nih!!! semua d jmput hadir...xkire lah SISWA dan SISWI serta MASYARAKAT SEKITAR PAHANG (^__^)

"Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah"
~Together With SAHAM~

Thursday, October 6, 2011

Alahai merit~~~

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…

Hari demi hari,
Kaki terus melangkah,
Diberi ruang untuk bernafas,
DIA menciptakan manusia,
Mengajarnya pandai berbicara,
Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan,
Dan tetumbuhan dan pepohonan,
Keduanya tunduk kepadaNya.
Dan langit telah ditinggikanNya,
Dan DIA ciptakan keseimbangan,
Agar kamu jangan merosak keseimbangan itu,
Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil,
Dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu.
Dan bumi telah dibentangkanNya
Untuk makhlukNya,
Didalamnya ada buah-buahan
Dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang,
Dan biji-bijian yang berkulit
Dan bunga-bungaan yang harum baunya,
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Apa khabar imanmu? Apa khabar ibadahmu? Apa khabar hatimu? Moga sentiasa berada dalam rahmat Ilahi… Moga sentiasa tenang hatimu, tenang dalam keredhaanNya..

Ahah~! Look at the top and see the title,. Alahai merit~~~
Bila sebut pasal merit, pastinya terbayang2 kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah mahupun mahasiswa/i bukan?  tak ketinggalan soalan2 seperti ini bermain2 di kepala kita kan?

“kelab mana nak masuk?”
“kena aktif kokurikulum ni kalo tak, tak dapat tinggal kat hostel”
“Join aktiviti ni dapat merit tak?”
“kena cepat ni, kalo lambat tak dapat join, nanti tak dapat merit.”

Hmm.. suasana alam sekeliling ciptaan Allah SWT yang membawa seribu satu keinsafan, bahawa tiap makhluk di dunia sedang tunduk bertasbih patuh pada Allah SWT, tak terkecuali bukit bukau, awan dan apa saja, yang pada perkiraan kita seolah-olahnya diam membisu tanpa bicara. Namun hakikatnya, setiap daripada mereka sedang ‘busy’ dalam puji2an mereka kepada Al Khaliq… Allah… tertunduk malu pabila mengenangkan diri.. manusia yang selalu lalai dari memperingati Allah..




Kita terlalu banyak berbicara tentang dunia dari akhirat. Sembang-sembang kita, bertanya khabar kita, tegur sapa kita, banyak keduniannya dari akhirat. Hidup kita ternyata diselubungi dengan kesibukan dunia, mentang-mentanglah kita ni sedang ‘hidup’ di dunia, sehingga kita banyak terlupa mengenai ‘hidup’ sebenar di akhirat nanti.

“Apa khabar hari ni?” “Sihat?”,
“Macamana business?” “Macamana kerja?” “Macamana study hari ni?”,
“Dah siap assignment?” “Dah makan?” “Dah selesai projek?” “Dah beli itu ini?” “Dah basuh baju?” "Ada air tak kt blok hari ini??

Adalah antara soalan-soalan yang sering kita tanya pada kenalan sahabat handai saudara mara kita yang kita temui, yang selalunya jarang kita kaitkan dengan akhirat. Paling tidak pun jawapan yang diberi, terselitlah sedikit ‘bau’ dan kaitan akhiratnya :

“Alhamdulillah, sihat..”,
“Alhamdulillah, business boleh tahanlah sikit…”,
“Alhamdulillah, dah siap, atau insyaAllah, kejap lagi siap…”

Mujurlah dikaitkan juga ucapan Alhamdulillah dan InsyaAllah tu, tapi jarang-jarang sekali kita directly bertanya atau ditanya dengan soalan-soalan seperti;

“Apa khabar iman hari ni?”,
“Macamana amal jariah hari ni, dah buat?”,
“Dah siap ngaji Quran hari ni?”,
“Dah infaq/sedeqah untuk hari ini?”….

Astaghfirullahal ‘azhim3x…itulah lemahnya kita manusia!! Dunia terlalu menyesak dalam minda dan kalbu kita, sehingga kita hanya dapat ingat akhirat pada lima waktu solat kita sahaja. Itu pun mujurlah ada lima waktu solat…bagi yang tak endah solat? Bayangkanlah…Nau’zubillah…

Kadang-kadang bukan tak terfikir nak tanya soalan-soalan tu, tapi kita terus terpedaya dengan tipu daya syaitan yang membisikkan ;

“Hah, riya’ nanti tu, baik diam, jangan nunjuk-nunjuk..”
“Nanti orang kata nak tunjuk alim la pulak…baik tanya soalan lain!”
“Ustaz ustazah pun tak tanya macam tu, kita nak tunjuk lagak pulak?”

Akhirnya kita hilang kesempatan untuk memperingati sahabat dan kenalan kita megenai kehidupan kita dan mereka yang akan kekal abadi di akhirat esok.. Allahurabbi..

Seharusnya kehidupan ini diseimbangkan antara dunia dan akhirat tanpa lalai walaupun dalam seminit..


Sesungguhnya mereka seperti ini telah disebutkan oleh Allah SWT yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasnya ." [Surah al-Khafi : 28]

Sebagai seorang Muslim yang akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak perlu mempersiapkan diri untuk mendapat kecintaan yang hakiki di akhirat nanti. Tidak dinafikan, kehidupan di dunia juga penting.. pentingnya belajar bersungguh-sungguh, pentingnya bekerja dengan tekun, dan perlunya melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam mendidik diri supaya menjadi seorang insan yang aktif, multiskill,hebat dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.. Memang benar, kehidupan di dunia juga perlu dititikberatkan bagi membawa satu imej yang hebat di mata-mata musuh Islam dan di sinilah pentingnya ilmu itu di mana akal fikiran dapat membuat pilihan yang terbaik. InsyaAllah~

Itulah yang dinamakan keseimbangan antara kehendak dunia dan keperluan akhirat. Namun, ramai yang pada hari ini apabila sudah menemui kejayaan di dunia akan melupakan kehidupan selepas kematian nanti. Ketika itulah segala amalan di dunia akan diambil kira. Segenap 'sen' harta akan dihisap sama ada digunakan ke jalan Allah SWT ataupun segala kemewahan itulah yang melalaikan hamba-Nya ini..

Jom topup iman! Jom topup ibadah! Jom sama2 berubah menjadi hamba terbaik di sisi ALLAH SWT.,

~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~

Friday, August 19, 2011

Travelog Tarbiyyah Menuju Redha Allah~

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…


Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar… kita masih diberi peluang untuk bernafas sampai ke saat ni dalam keadaan iman dan Islam.. masih diberi kesempatan untuk berkongsi dgn sahabat2 semua.. hmm,. Sedar x sedar kita dah sampai bulan Ramadhan kan.. dh  masuk fasa ke-2 Ramadhan dh pon iaitu fasa keampunan. 

Dalam meniti liku2 kehidupan, tarbiyyah Allah SWT buat mujahidah seorang ini tak pernah hilang dlm mengisi perjalanan hidupku… Subhanallah… travelog tarbiyyah ke rumah saudara selama beberapa hari yang lalu benar2 menginsafkan diri… teguran Allah SWT kepada hambaNya bukti cintanya DIA pada diri yg amat2 dhoif ini.. ya Allah… kembara kali ini benar2 berbeza dgn yg sebelumnya… bebeza masa, bersilih ganti sahabat pengembaraan dan berlainan tarbiyyah dariNya… Subhanallah…

Hari pertama pengembaraan bermula, hati sungguh teruja.. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju.. gembira melihat wajah berseri-seri sahabat2 yang terpancar bahagia… bahagia dek kerana ukhuwah itu adalah kerana DIA kekasih hati yang utama… ^^

Keesokkan harinya pengembaraan diteruskan.. kembara mencari murabbi.. Subhanallah.. rezeki kami berjumpa seorang murabbi ini… banyak sungguh ilmu dan teguran diterima demi menjadi mujahid/ah Allah yang terbaik.. sorang2 kene setepek.. segala nasihat dihadam dgn teliti moga memberi perubahan dlm diri.. Antara pesanannya buat kami semua..

“Pastikan dirimu memahami dan menghayati setiap ayat2, hadith2, wirid2 yang dibaca ketika solat dan sesudah solat. Pastikan dirimu berjaya memahaminya dan memberi kefahaman kpd orang lain.” – uyosb ^^

Eh2, tak lupa juga pada mak cik Nab.. hmm,. menarik inputnya.. ^^
Segala halangan JANGAN diletakkan sebagai nombor 1.. pesannya kita hendaklah tanamkan tekad yang tinggi dalam melakukan sebarang pekerjaan, jangan lupa memohon doa dari yg Maha Esa, Maha Pemurah, Maha Penyayang kerana doa juga menjadi penggerak kpd gerak kerja.. Sentiasalah berusaha utk mendekatkan diri kpd Ilahi,. Bagaimana nak urus alam sekiranya kita tak kenal pemilik alam? Allah SWT...

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” [Az-zariyat:56]

Hari ke-3, pengembaraan diteruskan… kuliah subuh berkaitan bulan Ramadhan di mana di dalamnya tersirat tentang kisah penurunan Al-Quran yang merupakan nikmat terbesar buat kita.. Semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya.


Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, Syurga dan Neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya.
Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak Al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah S.W.T. Bagaimanakah persiapan kita untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah S.W.T kelak..? Allah…
Pengembaran di pagi hari itu disambung dengan satu lagi kuliah yang menarik.. Sungguh menusuk kalbu diselangi juga dengan sedikit humor namun penyampaiannya mudah untuk difahami (sambil blaja memahami ‘gaya’ bahasa di negeri itu ^^)… Alhamdulillah, sarapan rohani di pagi hari disertakan juga alunan ayat2 suci Al-Quran.. bergetar hati dan jiwa ketika mendengar setiap ayat2 suci itu di alunkan… Allahurabbi.. sucinya kalimah2Mu sesuci kasihMU… 


Haa,. For the next day, kami menziarahi rumah senior2 kesayangan pula.. seronok juga dapat makan buah mcm2.. he.. dan sedikit perkongsian, ‘dessert’ rohani untuk hari tersebut.. Sebelah malamnya pula, tanpa diduga rezeki kami berjumpa dgn seorang mujahidah yang sarat dgn pengalaman hidup, sungguh memahami jiwa kami.. she’s awesome!~ ^^ pertemuan ini juga bukti manisnya ukhukwah itu  jika bersulamkan keikhlasan kerana Allah SWT.. walau jauh, walau tanpa sebarang perancangan, dua sahabat itu berjumpa juga.. Subhanallah..Wamakaru wamakara Allah.. Wallahu khairul maakiriin.. Allah know best,.  Right???

Last but not least, travelog tarbiyyah ini benar2 istimewa… tarbiyyah sebelum bertemunya Ramadhan… moga diberi peluang lagi utk sampai di situ dan juga di tanah suciMU ya Rabb… apabila lidah, hati dan jiwamu menyatakan bahawa dirimu meyakini DIA yang Maha Esa, ayuh! selaraskannya dgn tindakanmu... Sungguh, tawakal yg benar2 kpd Allah itu akan menampakkan hasilnya yg luar biasa.. SUBHANALLAH~

p/s: mohon kemaafan andai ada terguris perasaan sepanjang perkenalan,. sungguh..ukhuwah krn DIA itu manis, lebih manis dgn adanya setiap seorang drpd kamu wahai sahabat,. syukran a'la kulli hal~


~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~

Friday, July 15, 2011

nOta buAt muJahiDah~

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…


Selawat dan salam buat rasulNya…
 
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
[Surah Al-Ahzab: 56]

Ehm, hari nie brapa haribulan ye? 15 julai 2011 dah.. Sedar tak sedar dah 15 hari berada di universiti tercinta..dengar mcm baru dua minggu je kan? tapi bagaimana perjalanan hidup dan apa yang diperoleh sepanjang 15 hari ini sedikit sebanyak mentarbiyyah diri seorang mujahidah ini… Subhanallah…

Entah kenapa dan mengapa, sejak akhir2 ini akal dan hati asyik berfikir dan berkata,.. ujian yang Allah beri pada hambaNya itu berlainan cara, pelbagai tahap, berbeza rasa… namun Allah SWT sudah menjanjikan sesuatu yang pasti,.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” [Surah Al-Baqarah: 286]

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” [Surah Al-Mulk: 2]

Tapi kenapa dan mengapa manusia asyik menafikan diri tidak mampu untuk menghadapinya??? Duduk seketika, berfikir, koreksi diri, dan kaji…pasti ada jawapannya… 

Hidup seorang pejuang tak sunyi dari ranjau berduri. Ketahuilah..tanpanya mungkin tak teruji tahap keimanan kita., Bertuah insan yang diujiNya kerana DIA menyayangi hambaNya yang beriman., dan Tuhan tidak akan menguji hambaNya selain kemampuan yang ada padanya..

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamu lah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman” 
[Ali-Imran:139]

Dalam diari seorang pejuang, tiada masalah yang tidak merumitkan,. ujian yang tidak melemahkan,. dugaan yang tidak menyusahkan. Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan dugaan. Cuma sesekali air mata mengalir menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba… Berdepan dengan ‘belaian’ PENCIPTA. Terus senyum walau payah dan susah diuji. Jadilah mata rantai perjuangan yang suci ini. Moga tabah menghadapi..

Buat sahabat2 tersayang lillahi ta’ala dan pesanan buat diri mujahidah ini juga.. Hati ini kadangkala perlu diketuk dengan ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada ‘kesukaan’, tapi juga selesa dengan ‘kesakitan’.. Oleh itu, senyum dan terimalah apa jua ujian yang mendatang. Walau suka mahupun duka,. kerana yang suka itu anugerah dan yang duka itu tarbiyyah dari Ilahi buat hambaNya yang dikasihi.. hargailah, redhailah ia.. kerana kasih dan cinta daripada DIA itu sungguh istimewa jika benar2 menghayatinya..




"Allah ada.,ana ada,. Sahabat2 pon ada di sini,. sedia bantu enti..Ana sgt yakin Allah ada bantu kita, dan ana juga yakin enti seorang yang tabah! yakini Allah bersama..”

~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~