Thursday, October 6, 2011

Alahai merit~~~

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…

Hari demi hari,
Kaki terus melangkah,
Diberi ruang untuk bernafas,
DIA menciptakan manusia,
Mengajarnya pandai berbicara,
Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan,
Dan tetumbuhan dan pepohonan,
Keduanya tunduk kepadaNya.
Dan langit telah ditinggikanNya,
Dan DIA ciptakan keseimbangan,
Agar kamu jangan merosak keseimbangan itu,
Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil,
Dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu.
Dan bumi telah dibentangkanNya
Untuk makhlukNya,
Didalamnya ada buah-buahan
Dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang,
Dan biji-bijian yang berkulit
Dan bunga-bungaan yang harum baunya,
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Apa khabar imanmu? Apa khabar ibadahmu? Apa khabar hatimu? Moga sentiasa berada dalam rahmat Ilahi… Moga sentiasa tenang hatimu, tenang dalam keredhaanNya..

Ahah~! Look at the top and see the title,. Alahai merit~~~
Bila sebut pasal merit, pastinya terbayang2 kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah mahupun mahasiswa/i bukan?  tak ketinggalan soalan2 seperti ini bermain2 di kepala kita kan?

“kelab mana nak masuk?”
“kena aktif kokurikulum ni kalo tak, tak dapat tinggal kat hostel”
“Join aktiviti ni dapat merit tak?”
“kena cepat ni, kalo lambat tak dapat join, nanti tak dapat merit.”

Hmm.. suasana alam sekeliling ciptaan Allah SWT yang membawa seribu satu keinsafan, bahawa tiap makhluk di dunia sedang tunduk bertasbih patuh pada Allah SWT, tak terkecuali bukit bukau, awan dan apa saja, yang pada perkiraan kita seolah-olahnya diam membisu tanpa bicara. Namun hakikatnya, setiap daripada mereka sedang ‘busy’ dalam puji2an mereka kepada Al Khaliq… Allah… tertunduk malu pabila mengenangkan diri.. manusia yang selalu lalai dari memperingati Allah..




Kita terlalu banyak berbicara tentang dunia dari akhirat. Sembang-sembang kita, bertanya khabar kita, tegur sapa kita, banyak keduniannya dari akhirat. Hidup kita ternyata diselubungi dengan kesibukan dunia, mentang-mentanglah kita ni sedang ‘hidup’ di dunia, sehingga kita banyak terlupa mengenai ‘hidup’ sebenar di akhirat nanti.

“Apa khabar hari ni?” “Sihat?”,
“Macamana business?” “Macamana kerja?” “Macamana study hari ni?”,
“Dah siap assignment?” “Dah makan?” “Dah selesai projek?” “Dah beli itu ini?” “Dah basuh baju?” "Ada air tak kt blok hari ini??

Adalah antara soalan-soalan yang sering kita tanya pada kenalan sahabat handai saudara mara kita yang kita temui, yang selalunya jarang kita kaitkan dengan akhirat. Paling tidak pun jawapan yang diberi, terselitlah sedikit ‘bau’ dan kaitan akhiratnya :

“Alhamdulillah, sihat..”,
“Alhamdulillah, business boleh tahanlah sikit…”,
“Alhamdulillah, dah siap, atau insyaAllah, kejap lagi siap…”

Mujurlah dikaitkan juga ucapan Alhamdulillah dan InsyaAllah tu, tapi jarang-jarang sekali kita directly bertanya atau ditanya dengan soalan-soalan seperti;

“Apa khabar iman hari ni?”,
“Macamana amal jariah hari ni, dah buat?”,
“Dah siap ngaji Quran hari ni?”,
“Dah infaq/sedeqah untuk hari ini?”….

Astaghfirullahal ‘azhim3x…itulah lemahnya kita manusia!! Dunia terlalu menyesak dalam minda dan kalbu kita, sehingga kita hanya dapat ingat akhirat pada lima waktu solat kita sahaja. Itu pun mujurlah ada lima waktu solat…bagi yang tak endah solat? Bayangkanlah…Nau’zubillah…

Kadang-kadang bukan tak terfikir nak tanya soalan-soalan tu, tapi kita terus terpedaya dengan tipu daya syaitan yang membisikkan ;

“Hah, riya’ nanti tu, baik diam, jangan nunjuk-nunjuk..”
“Nanti orang kata nak tunjuk alim la pulak…baik tanya soalan lain!”
“Ustaz ustazah pun tak tanya macam tu, kita nak tunjuk lagak pulak?”

Akhirnya kita hilang kesempatan untuk memperingati sahabat dan kenalan kita megenai kehidupan kita dan mereka yang akan kekal abadi di akhirat esok.. Allahurabbi..

Seharusnya kehidupan ini diseimbangkan antara dunia dan akhirat tanpa lalai walaupun dalam seminit..


Sesungguhnya mereka seperti ini telah disebutkan oleh Allah SWT yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasnya ." [Surah al-Khafi : 28]

Sebagai seorang Muslim yang akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak perlu mempersiapkan diri untuk mendapat kecintaan yang hakiki di akhirat nanti. Tidak dinafikan, kehidupan di dunia juga penting.. pentingnya belajar bersungguh-sungguh, pentingnya bekerja dengan tekun, dan perlunya melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam mendidik diri supaya menjadi seorang insan yang aktif, multiskill,hebat dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.. Memang benar, kehidupan di dunia juga perlu dititikberatkan bagi membawa satu imej yang hebat di mata-mata musuh Islam dan di sinilah pentingnya ilmu itu di mana akal fikiran dapat membuat pilihan yang terbaik. InsyaAllah~

Itulah yang dinamakan keseimbangan antara kehendak dunia dan keperluan akhirat. Namun, ramai yang pada hari ini apabila sudah menemui kejayaan di dunia akan melupakan kehidupan selepas kematian nanti. Ketika itulah segala amalan di dunia akan diambil kira. Segenap 'sen' harta akan dihisap sama ada digunakan ke jalan Allah SWT ataupun segala kemewahan itulah yang melalaikan hamba-Nya ini..

Jom topup iman! Jom topup ibadah! Jom sama2 berubah menjadi hamba terbaik di sisi ALLAH SWT.,

~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~

Friday, August 19, 2011

Travelog Tarbiyyah Menuju Redha Allah~

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…


Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar… kita masih diberi peluang untuk bernafas sampai ke saat ni dalam keadaan iman dan Islam.. masih diberi kesempatan untuk berkongsi dgn sahabat2 semua.. hmm,. Sedar x sedar kita dah sampai bulan Ramadhan kan.. dh  masuk fasa ke-2 Ramadhan dh pon iaitu fasa keampunan. 

Dalam meniti liku2 kehidupan, tarbiyyah Allah SWT buat mujahidah seorang ini tak pernah hilang dlm mengisi perjalanan hidupku… Subhanallah… travelog tarbiyyah ke rumah saudara selama beberapa hari yang lalu benar2 menginsafkan diri… teguran Allah SWT kepada hambaNya bukti cintanya DIA pada diri yg amat2 dhoif ini.. ya Allah… kembara kali ini benar2 berbeza dgn yg sebelumnya… bebeza masa, bersilih ganti sahabat pengembaraan dan berlainan tarbiyyah dariNya… Subhanallah…

Hari pertama pengembaraan bermula, hati sungguh teruja.. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju.. gembira melihat wajah berseri-seri sahabat2 yang terpancar bahagia… bahagia dek kerana ukhuwah itu adalah kerana DIA kekasih hati yang utama… ^^

Keesokkan harinya pengembaraan diteruskan.. kembara mencari murabbi.. Subhanallah.. rezeki kami berjumpa seorang murabbi ini… banyak sungguh ilmu dan teguran diterima demi menjadi mujahid/ah Allah yang terbaik.. sorang2 kene setepek.. segala nasihat dihadam dgn teliti moga memberi perubahan dlm diri.. Antara pesanannya buat kami semua..

“Pastikan dirimu memahami dan menghayati setiap ayat2, hadith2, wirid2 yang dibaca ketika solat dan sesudah solat. Pastikan dirimu berjaya memahaminya dan memberi kefahaman kpd orang lain.” – uyosb ^^

Eh2, tak lupa juga pada mak cik Nab.. hmm,. menarik inputnya.. ^^
Segala halangan JANGAN diletakkan sebagai nombor 1.. pesannya kita hendaklah tanamkan tekad yang tinggi dalam melakukan sebarang pekerjaan, jangan lupa memohon doa dari yg Maha Esa, Maha Pemurah, Maha Penyayang kerana doa juga menjadi penggerak kpd gerak kerja.. Sentiasalah berusaha utk mendekatkan diri kpd Ilahi,. Bagaimana nak urus alam sekiranya kita tak kenal pemilik alam? Allah SWT...

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” [Az-zariyat:56]

Hari ke-3, pengembaraan diteruskan… kuliah subuh berkaitan bulan Ramadhan di mana di dalamnya tersirat tentang kisah penurunan Al-Quran yang merupakan nikmat terbesar buat kita.. Semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya.


Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, Syurga dan Neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya.
Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak Al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah S.W.T. Bagaimanakah persiapan kita untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah S.W.T kelak..? Allah…
Pengembaran di pagi hari itu disambung dengan satu lagi kuliah yang menarik.. Sungguh menusuk kalbu diselangi juga dengan sedikit humor namun penyampaiannya mudah untuk difahami (sambil blaja memahami ‘gaya’ bahasa di negeri itu ^^)… Alhamdulillah, sarapan rohani di pagi hari disertakan juga alunan ayat2 suci Al-Quran.. bergetar hati dan jiwa ketika mendengar setiap ayat2 suci itu di alunkan… Allahurabbi.. sucinya kalimah2Mu sesuci kasihMU… 


Haa,. For the next day, kami menziarahi rumah senior2 kesayangan pula.. seronok juga dapat makan buah mcm2.. he.. dan sedikit perkongsian, ‘dessert’ rohani untuk hari tersebut.. Sebelah malamnya pula, tanpa diduga rezeki kami berjumpa dgn seorang mujahidah yang sarat dgn pengalaman hidup, sungguh memahami jiwa kami.. she’s awesome!~ ^^ pertemuan ini juga bukti manisnya ukhukwah itu  jika bersulamkan keikhlasan kerana Allah SWT.. walau jauh, walau tanpa sebarang perancangan, dua sahabat itu berjumpa juga.. Subhanallah..Wamakaru wamakara Allah.. Wallahu khairul maakiriin.. Allah know best,.  Right???

Last but not least, travelog tarbiyyah ini benar2 istimewa… tarbiyyah sebelum bertemunya Ramadhan… moga diberi peluang lagi utk sampai di situ dan juga di tanah suciMU ya Rabb… apabila lidah, hati dan jiwamu menyatakan bahawa dirimu meyakini DIA yang Maha Esa, ayuh! selaraskannya dgn tindakanmu... Sungguh, tawakal yg benar2 kpd Allah itu akan menampakkan hasilnya yg luar biasa.. SUBHANALLAH~

p/s: mohon kemaafan andai ada terguris perasaan sepanjang perkenalan,. sungguh..ukhuwah krn DIA itu manis, lebih manis dgn adanya setiap seorang drpd kamu wahai sahabat,. syukran a'la kulli hal~


~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~

Friday, July 15, 2011

nOta buAt muJahiDah~

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…


Selawat dan salam buat rasulNya…
 
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
[Surah Al-Ahzab: 56]

Ehm, hari nie brapa haribulan ye? 15 julai 2011 dah.. Sedar tak sedar dah 15 hari berada di universiti tercinta..dengar mcm baru dua minggu je kan? tapi bagaimana perjalanan hidup dan apa yang diperoleh sepanjang 15 hari ini sedikit sebanyak mentarbiyyah diri seorang mujahidah ini… Subhanallah…

Entah kenapa dan mengapa, sejak akhir2 ini akal dan hati asyik berfikir dan berkata,.. ujian yang Allah beri pada hambaNya itu berlainan cara, pelbagai tahap, berbeza rasa… namun Allah SWT sudah menjanjikan sesuatu yang pasti,.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” [Surah Al-Baqarah: 286]

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” [Surah Al-Mulk: 2]

Tapi kenapa dan mengapa manusia asyik menafikan diri tidak mampu untuk menghadapinya??? Duduk seketika, berfikir, koreksi diri, dan kaji…pasti ada jawapannya… 

Hidup seorang pejuang tak sunyi dari ranjau berduri. Ketahuilah..tanpanya mungkin tak teruji tahap keimanan kita., Bertuah insan yang diujiNya kerana DIA menyayangi hambaNya yang beriman., dan Tuhan tidak akan menguji hambaNya selain kemampuan yang ada padanya..

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamu lah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman” 
[Ali-Imran:139]

Dalam diari seorang pejuang, tiada masalah yang tidak merumitkan,. ujian yang tidak melemahkan,. dugaan yang tidak menyusahkan. Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan dugaan. Cuma sesekali air mata mengalir menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba… Berdepan dengan ‘belaian’ PENCIPTA. Terus senyum walau payah dan susah diuji. Jadilah mata rantai perjuangan yang suci ini. Moga tabah menghadapi..

Buat sahabat2 tersayang lillahi ta’ala dan pesanan buat diri mujahidah ini juga.. Hati ini kadangkala perlu diketuk dengan ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada ‘kesukaan’, tapi juga selesa dengan ‘kesakitan’.. Oleh itu, senyum dan terimalah apa jua ujian yang mendatang. Walau suka mahupun duka,. kerana yang suka itu anugerah dan yang duka itu tarbiyyah dari Ilahi buat hambaNya yang dikasihi.. hargailah, redhailah ia.. kerana kasih dan cinta daripada DIA itu sungguh istimewa jika benar2 menghayatinya..




"Allah ada.,ana ada,. Sahabat2 pon ada di sini,. sedia bantu enti..Ana sgt yakin Allah ada bantu kita, dan ana juga yakin enti seorang yang tabah! yakini Allah bersama..”

~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~

Thursday, June 30, 2011

kiSah aKu, DIA dan KaMu~

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…


How r u today? Semoga semuanya berada dlm keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati Allah SWT,..
Andai ada yg kurang sihat,. Moga cpt sembuh,. Setiap kesakitan itu kan kafarah dosa.. 
kafarah dosa? what does it means??? Haa,. Meh tgok maksud kt bwh ni~~

Kaffarah
Dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.



Meh kita flashback tentang sirah nabi…
Dalam satu waktu, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

Jadi, segala yg Allah dah anugerahkan kpd kita tu, semuanya ada hikmah dan kebaikan tersendiri..

Hmm,.. pejam celik, pejam celik.. dah tiba masa utk pulang ke universiti tercinta mlm ni..insyaAllah bersama sahabat tercinta, Radhiah ^^
Agak berat utk pulang awal namun disebabkan tanggungjawab, mujahidah seorang ini perlu pulang awal utk melaksanakan tanggungjawab yg ada di sana.. Alhamdulillah,.mempunyai ibu bapa yg sgt memahami..subhanallah~

Sepanjang berada di rumah, walaupun tak smpai sebulan tp rasa sperti byk prkara yg dipelajari,.. Alhamdulillah… wayar2 dan plug alatan elektrik yg perlu disambung dan ditukar pon berjaya dilaksanakan,. tak ketinggalan juga paip yg perlu diganti sbb da rosak..
(multiskill katekan ^^),..haa,.abah jd cikgu.. 
Tak lupa juga poster2 yg perlu di design utk beberapa program di mana designing/editing using photoshop ni dah menjadi hobi seorang mujahidah ni,, Alhamdulillah.. smakin hari semakin ada peningkatannya,. berkat sifat pemurahnya Allah SWT,. begitu juga tunjuk ajar dan komen2 daripada sahabat2 sekalian,..
Syukran a’la kulli hal~~~

Sambil melayari internet (update isu semasa kononnye dll ^^),.. teringat pulak video yg telah merakamkan prjalanan persahabatan kami semua pd suatu ketika dahulu,.. Subhanallah,. Rindunya rasa.. ukhuwah itu terjalin bilamana DIA yang Maha Pemurah, Maha Penyayang telah campakkan perasaan kasih itu sendiri dalam hati2 kami… Allahurobbi..

Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati..

Sana: Assalamualaikum..
Sini: Wa'alaikumussalam. Ada apa?
Sana: Terasa macam nak cakap dengan seseorang..
Sini: Pasal apa?
Sana: Sibuk ke?
Sini: Agak..
Sana: Ok,.
Sini: Allah ada,.
Sana: Tahu.
Sini: Allahlah tempat mengadu..
Sana: Ya baik,.
Sini: Bangun malam ni. Jom sama2,.

Senyap. Ada tangis di situ.
Sana: Kan bagus kalau ade di sini..
Sini: Tak bagus pun..
Sana: Kenapa?
Sini: Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh,.
Sana: Bila dekat asyik nak gaduh.( Tergelak dalam sebak)
Sini: Rindu sebenarnya..
Sana: Kenapa tak cakap?
Sini: Saje.. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi,.

Kedua2nya senyap..
Dan titisan itu tumpah juga. Berjuraian.





~doakan moga kami selamat sampai ke destinasi~


~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~

Wednesday, June 22, 2011

Mulianya dia disisi DIA~

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…


Alhamdulillah,. Allah SWT masih lagi memberi kesempatan pada diri kita untuk bernafas dalam keadaan iman dan Islam..  Subhanallah… sepanjang hidup kita, berapa kali kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang telah diberikan? Sekali? Dua kali? Tiga kali?atau tak pernah walaupun sekali? Nau’zubillah.. moga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT..

Katakanlah “Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.”
[Surah Al-Mulk : 23]

Sudah lama rasanya diri ini tidak menulis menaip di sini… fuh..fuh.. dah berhabuk blog nih.. ramai jugak sahabat2 yang dok bertanya, "bila nak update blog ni?" 
Mungkin terlalu sibuk dengan kerja2 yang tidak putus2 untuk diselesaikan, diselit juga dengan peristiwa2 sedih menimpa diri seorang mujahidah ini, tapi insyaAllah segalanya pasti ada hikmah di sebaliknya. Kalau ada masa free plak, waktu tu plak datang virus MALAS atau mungkin ketandusan idea..hmm~

Ok,. proceed to the main objective… Mulianya dia disisi DIA.. pada post kali ni saya nak berkongsi tentang sedikit pengalaman yang mudah-mudahan memberi keinsafan pada diri sendiri dan sahabat2 sekalian.. insyaAllah~

“Abang… tolong pakaikan baju kat abah.”
“Abang.. tolong mama sidai kain.”
“Abang..tolong angkat baju kat ampaian.”
“Abang.. tolong bagi abah makan ubat.”
“Abang.. tolong urut mama.”
“Abang.. tolong buang rumput-rumput yang dah potong ni.”
“Abang tolong buang sampah.”
“Abang.. tolong ambik baju adik.”
“Abang.. tolong sapu sampah.”
“Abang.. tolong achik angkat barang sat.”

Abang…pasti siapa yang membaca dialog-dialog di atas bersetuju bahawa tanggungjawab sebagai seorang abang dan sebagai anak lelaki yang mana kudratnya lebih daripada wanita sepatutnya rajin menolong ibu dan ayah. Mungkin juga kita semua akan berfikir ini adalah perkara biasa yang setiap seorang daripada kita patut tahu dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. But, do you know who is the person that we call “ABANG” in the dialogue?

Pada 15 November 1982, lahir seorang bayi lelaki… bayi yang cukup istimewa.. bukan sahaja istimewa di hati ibu dan ayahnya, bahkan dia amat istimewa di sisi DIA yang Maha Penyayang,Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana… Allah SWT…

“Bayi ini istimewa. Tidak down walaupun memiliki Down Syndrome.”

Subhanallah… sudah 29 tahun kini dia hidup di bumi Allah ini. Pelbagai mehnah, tribulasi, tanggapan, penerimaan masyarakat sekeliling terhadapnya… Namun begitu, sungguh besar jasa dia pada ibu dan ayahnya begitu juga adik beradiknya. Terdetik dalam hati ini hebatnya Allah SWT menciptakan sesuatu yang tidak dapat kita gambarkan. Dalam masa yang sama amat kagum dan tersentuh dengan kasih sayang yang  dizahirkan oleh dia yang memiliki Down Syndrome. Kadangkala otak ini berfikir, walupun down syndrome dia masih tahu dan ingat untuk mebaca doa sebelum makan… Subhanallah.. kadang ada di antara kita yang masih terkial-kial untuk membaca doa makan, bahkan mungkin juga lupa untuk menyebut “Bismillahirrahmanirrahim.” Dia juga manusia biasa yang mungkin menghadapi kehidupan yang lebih mencabar daripada kita. Ibu dan ayahnya juga menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membesarkannya.

Namun, Itu tidak menghalangnya daripada menjadi hamba Allah SWT ,anak yang soleh serta abang yang penyayang. Bahkan, mungkin kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah SWT daripada kita. Nasihat untuk diri sendiri dan sahabat2, jangan mudah mengeluh apa yang Allah kurniakan kepada kita. Manusia adalah sebaik2 kejadian di atas muka bumi ini. 
Buktinya… Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. [Surah At-Tin:4 ]


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Kita mesti akur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, ingat pesan ini “ kalau kita menghina sesuatu, samalah kita menghina penciptanya”… fikir2 kan lah…
Jadi sementara cuti semester masih berbaki, jalankanlah tanggungjawab kita sebagai anak dan hamba Allah sebaik-baiknya. Kuasailah ilmu sebanyak yang mungkin. Andai masih dalam kesedihan tentang keputusan peperiksaan semester lepas, jangan berputus asa. Masih ada harapan. Ujian Allah beri sedikit sahaja sebenarnya. Dan kita tidak tahu apa yang Allah kehendaki daripada kita sebenarnya. Tetapi sepatutnya kita amat arif Allah itu hanya mahu yang baik-baik sahaja kepada hambaNya. Namun oleh sebab dunia itu kita letak besar dalam hati kita, maka bila kehilangan sesuatu, kita pun hilangkan segala-galanya.

Sedangkan, selain perkara yang kita hilangi itu, rahmat Allah tetap wujud dengan wujudnya perkara lain di dalam kehidupan kita. Sekurang-kurangnya, kita masih hidup, diberikan peluang meneruskan kehidupan. Diberikan peluang BERUSAHA. Diberikan peluang untuk MENCUBA. Namun kita sempitkan dunia kita dengan keimanan kita yang lemah. Kejarlah cintaNya, hidup ini hanyalah untuk DIA… biarlah dipandang hina di dunia, tapi mulia disisi DIA…

“Allah ciptakan dunia kamu itu luas. Maka jangan sesekali kamu menyempitkan.”

“Abang..achik sayang abang….”

~tingkatkan prestasi,.mantapkan iman~

Monday, January 17, 2011

kenangan itu masih segar di ingatanku,.juga di hatiku~

Saat ini alam begitu sunyi,
Sunyi tanpa hembusan angin di tengah malam,
Alam menjadi bisu seketika,
Bagai mengerti betapa sunyinya hati ini,
Sepi tiada dirimu di sisiku…

Tiba-tiba,
Kenangan itu menerjah di ingatan,
Memori yang takkan dilupakan,
di saat engkau menggenggam erat tanganku,
disaat tangisan keinsafan bercucuran,
disaat tarbiyyah itu dirasakan,
Saat kau dan aku,.
mengenal erti tanggungjawab,.
sebagai seorang hamba Ilahi,..

Masih jelas di ingatanku,.
kata bonda,..
“Letakkan dunia di tanganmu,
Allah sebagai segala2nya”,
Namun aku jua tak dapat menafikan,
Rindu ini semakin menebal,
Rindu kepada dirimu yang bergelar sahabat,
Rindu untuk bergurau senda seperti dulu,
Rindu untuk berkongsi seperti dulu…
Rindu untuk meluangkan masa seperti dahulu,..

Tapi kini….
Hati ini menangis,..
Hati ini pedih,..
Hati ini sedih,..
Kerana masa begitu mencemburui kita,
Kerana jarak memisahkan kita,
Atau mungkin kita yang begitu leka…???
Atau mugkin kita yang terlalu egois…???
Atau mugkin…
Hati kita hanya mengungkapkan syg dari jauh,..?

Sahabat…
Dengarlah kata hatiku ini,..
Dengarlah bisikan hati ini,…
Walau apa pun terjadi,.
Aku sentiasa menyayangi dirimu,.
Aku sentiasa menyokongmu,.
Maaf kerana kalimat kasih dariku tak terucap,.
Sesungguhnya kasihku padamu hanya kerana Allah,.
Kerana DIA yang kita cintai,..
Menemukan kita di jalan suci ini….
Terima kasih ya Allah...

~perjuangan bersamamu merupakan detik2 yg amat berharga~
~mati hanya sekali,.jadikannya di jalan Allah~