Friday, July 26, 2013

Counting days...

Bila Allah
mengilhamkan kita untuk berdoa,
Hakikatnya
Dia berniat untuk mengabulkan.

-        - Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Kata-kata ni buatkan aku rasa tenang. Tenang dalam yakin. Bagi aku, tak da satu perkataan pon yang dapat menggambarkan rasa dalam hati seseorang. Bahkan takda persamaan serentak atau apa sahaja persamaan nombor matematika yang sering digunakan dalam subjek fizik, kimia, atau apa sahaja yang berkaitan dengan nombor.

Oh, dan sebenarnya kadang kala terasa cemburu pada mereka yang bisa melibatkan diri, turun ke medan dakwah. Ya, medan realiti. Hidup aku selama 4 tahun di kampus mengajar aku untuk berdikari dalam memahami maksud sebenar kehidupan di sebalik mehnah dan tribulasi diselangi tarbiyah.

Aku sudah terbiasa dengan begitu.

Di sana aku belajar erti memberi dan menerima.

Erti mengenali Dia.

Erti kecewa. Erti berukhuwwah.

Erti melihat hakikat dunia yang sebenar. Bukan di kaca tv semata-mata.

Dan saat ini aku sedang mencari-cari destinasi yang seterusnya.

Ya. Lepas ni, aku akan berhadapan dengan realiti hidup yang sebenarnya. Yang bakal menguji keikhlasan dalam bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab demi DIA.

Moga destinasi baru yang bakal aku temui nanti, bisa memberi peluang yang lebih besar untuk aku berbakti.  dan berpeluang turun ke medan lagi. Sungguh, aku rindu tarbiyyah di kampus.

*cemburu.*

Pada mereka yang bisa turun padang.

*Rindu.*

Pada usrah.
Pada gerak kerja.
Pada sahabat.

Izinkan aku terus melangkah seperti dulu ya Allah.
Kali ni, Malaysia pasti mencipta sejarah.
Dengan redhaMu.


Belajarlah melaksanakan sesuatu ibadah dengan menghadirkan Allah dan menghilangkan pandangan manusia. Maka akan lahirlah keikhlasan.
Beribadahlah, bukan semata-mata kerana pahala, tetapi cinta. Maka akan lahirlah istiqomah.

Semoga Ramadhan menemukan kita dengan Tuhan, baik di `luar` (makrifat)  mahupun di `dalam` (hati).


Thursday, July 25, 2013

Hijau biru saling bersua tanpa suara?

Beza sekali
Ramadhan kali ini
Merah hitam bertukar warna
Hijau biru saling bersua tanpa suara
Putih kelabu pun tak terteka
Nampak sama
Berbeza aura
Ramadhan kali ini
Sunyi

“dah 16 Ramadhan..”

hati kecil berbisik… oh, pada pertama kalinya Ramadhan ini tanpa dia.

Dari pertama kali celik mata di dunia, sampailah dah besar panjang. 

Tak pernah berpisah lama seperti ini.

Dia jugalah antara yang mengajarku mengenal si Dia.

“ Umairah sayang.. solat subuh takda tahiyat awal.”

“oh, yaka?” jawabku kebingungan.

Itu, kenangan 17 tahun yang lalu.

Masih. Dan tetap akan segar di ingatan.

Ahh, macam lah sebelum ni sambut Ramadhan bersama. Aku kat timur, dia kat utara. Hmm…
Sungguhpun begitu, aku tahu saat sampainya aku di rumah, pasti aku bisa menemui dia.

Tapi… tu semua dulu.

Dan tak mungkin akan berlaku lagi.

Rindu?

Barangkali.

Atau aku tak ikhlaskan pemergiannya????

Arghhhh.!!!

Keliru. Bingung.


**************************************************************************************************************************

Ouh. Berpinar-pinar mataku buat modeling soccer ball nih. Hexagon, heptagon bagai.
buat 5% stuck. Hah! Awat tak sama macam tutorial ni??? +_+

ulang semula.

Ulang. Ulang. Dan ulang.

Air mata tak henti-henti mengalir.

Sepertinya aku melihat laptop, tapi realitinya mata dan otak memikirkan dia yang sudah pergi meninggalkan aku.

Sedih. Kecewa.

Sebab tak dapat berada bersama saat-saat akhir sebelum dia pergi.

Oh, fed up!!!!!!!

Shut down laptop dan tido.

***********************************************************************************************************************

Rentak lagu Muhammad Nour  berbunyi di smartphone ku. Memecah kesunyian.
Ok. alarm rupanya.

Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi.

Eh, ada whatsapp diterima.

 “Ingat Allah.”

Terkedu.

Otak ligat berputar memikirkan segala tindakan diri semalam.

“Astaghfirullah hal a’zim…”

“Ampunkan aku ya Allah…”



Setiap yang bernyawa pasti akan mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). 
(QS. Al-Ankabut : 57)




" Allah tidak membebani sesorang itu melainkan yang termampu olehnya"
( QS. Al-Baqarah : 286)


Allah sedang berbicara dengangku.

Allah sedang berbicara denganku tentang sabar dan ikhlas.

Sabarlah mengharungi semua dugaan ini.

Ikhlaskan lah pemergiannya.

Ikhlas lah menerima kesulitan melaksanakan amanah akademik ini.

“Kematangan setiap orang pada sesuatu perkara itu tidak sama”

Ada orang yang bermula matang hanya setelah berusia 30-an, ada pula yang baru 20-an sudah pun matang. Bergantung pada pengalaman, ujian dan tarbiyyah kehidupan yang menimpanya.

Ya. Ini adalah langkah-langkahku. Ujian hari ini adalah persiapan diri untuk hari esok.

أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang".
(Q-S Ar-Ra'd ayat : 28)


*mengadu kepadaNya dalam sujud itu lebih menenangkan jiwa.*

***************************************************************************************************************************

4 minggu berlalu….

“Umairah?”

“Ya, saya.”

“Ok. Sign kat sini. Awak dah selamat submit thesis awak.”

“Alhamdulillah.”

senyuman terukir di wajah……

“ Nenek. I will miss you.”

“Moga ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Moga nanti kita berjiran di syurgaNya kelak. InshaAllah.”

Ikhlaskan pemergiannya…. Ya. Moga bertemu di JannahNya.

Allahuma Amin.

Syukran lillah.

“Tidak diambil sesuatu daripada kita tanpa Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Dan di setiap perancangan Allah, pasti dihadirkan bersama hikmah yang akan dinikmati, cepat atau lambat, oleh mereka yang mahu berfikir.”

*Encik Abaqus. I love you. =P


p/s: Syukran jazilan a’la kulli hal pada yang hadir di tengah2 jalan hidup. J



Thursday, July 18, 2013

Amboi, excited nampak.

Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakaatuh..

ahah. memang lah excited. dah habis belajar kan. ^^

ok, ni nak cerita.

*Study week hari tu*

 Sedang melihat satu video berkaitan sejarah sebenar dunia bersama adik muslimat, mataku tertacap pada satu ayat yang tertera di bahagian subtitle.


 “Because one who stands for nothing, will fall for anything.”


Terkedu.

Otak ligat berputar memikir makna di sebalik ayat ini. Mencari satu perkataan mudah untuk disimpulkan.

YA!! AQIDAH.

Pegangan yang kuat dan kukuh.

Yakin terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah.

Secara mudahnya, seberat mana ujian dan dugaan, atau betapa banyaknya nikmat dunia, andai matlamat utama adalah mencari redha Ilahi kita tak kan mudah jatuh ke lembah hina jauh dari pencipta.

Ok, rasa skema pulak tulis ayat cenggitu.

Owh, by the way…Alhamdulillah. Dah selesai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaysia Pahang. InshaAllah bakal konvo pada bulan oktober nanti. Moga Allah permudahkan segalanya.

Selesai saja siap print thesis, terus bergegas pi beli tiket ke KL. Ya, ingin menemui sahabat di sana. Alhamdulillah. Peluang Allah bagi, dapat jugak jumpak depa. Nampak macam, eh, p kl sebab nak jumpa sahabat ja, raya nanti boleh jumpak jugak kot. 

Oppss~

Sorry. Assumption hang salah. Sebenarnya, dalam mengembara ke negeri orang tak kesah lah jauh jauh atau dekat, apa yang di harapkan adalah ada sesuatu yang baru yang akan si tuan tulis temui dalam memperbaiki gred gred dalam report card yang akan di analyse di sana kelak.


*Segala yang dilakukan manusia, nanti report card nya akan analyze di akhirat.*

Hang tak mau score ka?

*tak kan nak lepas peluang cenggitu je sementara ada peluang. rugi kot.

Berkongsi pengalaman bersama sahabat2 yang sudah berkejaya dan yang sudah berumah tangga, boleh lah prepare2 apa yang patut sebelum menempuh alam2 itu.

Teringat pulak. Sebab banyak sangat fikir, sampai singgah kedai beli barang untuk jamu tetamu pon lupa.

Heran dua dua sahabat baikku. Sorry lah hangpa noo. Eheh.  +_+

Yelah, hidup ni kalau tak plan betul betul, susah kemudian hari. Hidup perlu bermatlamatkan yang SATU. Allah s.w.t.

Dan tetiba sambil belek belek fon Puan Radi, tertengok dia ada application baru, “Ibadah Evaluation”, ok tahniah pada yang dah ada. Saya ni terlambat sikit.

Tapi berguna la. La ni kan pakat sebok sebok dgn smartphone,
kan senang kalo ada application
“Ibadah Evaluation” senang nk tengok prestasi ibadah kita.
Tercapai tak KPI yang perlu
Dilaksanakan sebagai seorang muslim sejati.
Hah. Tambah tambah sekarang ni bulan puasa,
memang sesuai sangat lah. Xpayah nak print kertas bagai nak tick.

Edit dalam application ni je.

Settle.

Ok. 0045 already.

Time to syahid!

Err. Sleep actually.

Tapi tak salah ada angan-angan nak syahid kan? J


*************************************************************

Maha Teliti Dia.
Tak satu pon terlepas dari pantauan.
Tak satu pon dari penat jerih usaha kita sia-sia.
Walau sekecil zarah pon.
Ia dikira.
Malah berganda.
Asalkan niat hanya keranaNya.

9 hari sudah berlalu.
Di tahap mana sudah prestasi kita?
Masih ada masa untuk berlumba.
Bersihkan hati.
Tajdid niat.
Lillah.
Demi Dia.
Bukan samarinda petang hari.
Tapi azam dalam diri.
Moga disempatkan.
Allahumma amin.

#Ramadhan 1434.

— photosuplillah.



Tuesday, January 22, 2013

Part III (Final) : Tuhan, jagakan dia.


“Alhamdulillah.. selesai bulatan gembira kita untuk hari ini.. tajuk ape adik-adik sayang?” soal kak Aliyah.

“ukhuwah Islamiyyah kak..” jawabku dan Hazirah serentak, bagai bersatu hati.
“ha.. bagus..bagus..” puji kak Nazirah pula.

“Kak Nazira..Kak Aliyah.. Farhah sedih la.. semester depan akak-akak dah tak ada di sini..” luahan hati Farhah, salah seorang adik beradik usrahku.

Iya lah.. mana tidak sedihnya kami. Naqibah berdua itu sudah tahun akhir dan bakal menamatkan pengajian.. meneruskan kehidupan di dunia realiti yang lebih banyak ujiannya yang mungkin tidak ditemui di universiti. Selama ini, pada merekalah selalunya kami berkongsi suka duka dan mendapatkan nasihat. Kasih mereka, sifat mereka yang lemah lembut dan sentiasa sabar dalam melayani kerenah kami yang nakal menambah lagi gula dalam rasa kasih kami pada mereka. Yes, it’s called ukhuwah kerana Allah. Mana mungkin mereka akan mampu melayani kerenah kami semua tanpa ada rasa ikhlas berkasih sayang kerana Allah. Sayangi kami kerana Allah, teguri kami kerana Allah, marah kami kerana Allah, berkongsi ilmu kerana Allah bukan kerana kepentingan peribadi.

Kasih kerana Maha Pencipta itu benar-benar dirasai di dalam hati.

Dan bila bercakap mengenai ukhuwah, aku memandang Hazirah. Dia sahabat baikku. Dialah yang tidak putus asa mengajak dan memberiku tunjuk ajar dalam meniti perubahan diri, berubah kerana Allah. Dialah yang selalu mengajakku ke masjid, mengajakku berbuat kebaikan, berkongsi masalah, berkongsi ilmu. Aku masih ingat sms daripadanya pada bulan Ramadhan pertama kami sambut semasa di tahun 1.

“Kita perlu risau bilamana kita terlalu risaukan dunia daripada akhirat..”

Waktu itu adalah study week, aku begitu risau memikirkan peperiksaan yang bakal tiba daripada sibuk mengejar pahala dan peluang yang ada untuk menunaikan solat tarawih yang hanya sebulan sekali sahaja hadir dalam setahun. Allahu Allah.. kasihnya Allah pada hambaNya, Dia hadirkan hamba yang lain untuk saling mengingatkan. Syukran lillah. Aku punya sahabat yang sangat baik.

Di suatu petang yang tenang.. 

Satu sms daripada mas’ulah yang menguruskan Baitul Muslim, Kak Syafiqa diterima.

Kak Syafiqa: “Assalamua’laikum..Anis.. macam mana keputusan tentang lamaran Amir Hamzah tempoh hari? Sudah ada jawapan?”

Anis: “Wa’alaikumussalam kak.. saya belum bersedia kak.. mungkin ada yang lebih baik untuk dia.”

Andai sahaja dia tahu apa yang tersirat di hatiku…

**********************************************************

“Anis.. penyakit  awak ni sudah di tahap kritikal.. andai saja penyakit awak ini dapat dikesan awal….” Ucap Dr. Mardhiah dalam nada simpati.

“Doktor.. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. andai penyakit saya ini dikesan awal dan bole meneruskan operation pun, jika takdir untuk menemui Dia dahulu apakan daya kita menghalangnya.. lagipun, keluarga saya tak ada wang yang banyak untuk melakukan pembedahan. Hidup kami setiap hari pon mengharapkan duit daripada bantuan PERKESO… kesian ibu jika dia perlu bertungkus lumus mencari wang sebanyak itu.. cukuplah ibu terlalu banyak berkorban demi kami sekeluarga..” jawabku dengan nada tenang.

Aku mengidap penyakit barah. Sudah ditahap kritikal yang pada jangkaan pakar perubatan, aku hanya ada waktu 6 bulan untuk hidup.

“Allah sedang berbicara denganku.”

“Allah ingin menunjukkan sesuatu kepadaku.”

“Andai ini yang terbaik buatku, aku redha ya Allah.. terima kasih kerana memberi aku peluang untuk melakukan persiapan menemuiMu. Berilah aku kesempatan untuk membahagiakan mereka yang selalu membahagiakanku..”

Aku mengaminkan doa seusai solat.

Lagu 1000 years by Christina Perri bergema, ringkas dan sesuai untuk sms alert. sms daripada Hazirah rupanya.

Hazirah: “Assalamua’laikum..Anis.. Hazirah nak tanya sesuatu boleh?”

Anis: “Wa’alaikumussalam..boleh sayang.. mahu tanya apa? J

Hazirah: “Anis ada rahsiakan apa-apa daripada Hazirah? Kenapa dua tiga hari ni Anis selalu hilang.. kemanakah? Ada masalah? Kongsilah dengan Hazirah..”

Allah.. pasti dia perasan setiap kali aku hilang untuk mendapatkan rawatan. Ligat aku memikirkan jawapan yang sebaiknya supaya penyakitku tidak diketahui dan dalam masa yang sama aku tidak mengguris hatinya.

Anis: “hehe.. rahsia apa? Mana ada hilang pon.. Peperiksaan kan dah dekat.. Hazirah pon tahu Anis kan lebih selesa belajar bersendirian daripada study group.. “

Hazirah: “mestilah risau.. Anis kan sahabat baik Hazirah.. Hazirah sayang Anis kerana Allah. jaga diri sayang.. kalau ada apa-apa kongsilah dengan Hazirah, inshaAllah sama-sama kita cari penyelesaian..”

Anis: “Jangan risaulah.. takde masalah tanpa penyelasaian.. Allah kan ada.. J

Hazirah: “ok sayang.. jumpa malam ni, ke masjid bersama ya.. Wassalam.”

Anis: “InshaAllah.. Wassalam.”

Andai saja dia tahu penyakitku….

“Ya Allah.. Ya Tuhanku.. tolong jagakan dia semasa ketiadaanku nanti..”

***********************************************************

Alhamdulillah.. peperiksaan akhir semester itu berakhir dengan sebaiknya.. teknik “DUIT” yang dicadang naqibah-naqibah kesayangan diaplikasikan..

D: Doa
U: Usaha
I: Istiqomah
T: Tawakal

Kaki melangkah riang ke asrama.. tiba-tiba lagu 1000 years bergema, ada sms daripada sahabatku. Dia dalam kesusahan..perlukan bantuan..

“Hazirah, Anis balik dulu.. ada urusan..”
“Eh, urusan apa? Urgent Nampak.”
“ya, nanti Anis cerita..”
“ok..”

Anis mempercepatkan langkah ingin bergegas ke sana tanpa menoleh kiri dan kanan.

“Aniiiiiiiiiiiissssssssssssssssssss!!!!!!!!!!”

DUM!!!!!!

Bunyi hentaman yang sangat kuat.

Tanpa sempat Hazirah menarik tangan Anis, Anis sudah terbujur kaku di hadapannya. Darah berlumuran di tubuh Anis. Hazirah kaku. Semua yang ada di situ terkejut melihat kemalangan yang berlaku.

Keadaan menjadi cemas. Anis dikejarkan ke hospital. Tapi Allah lebih sayangkannya.. Hazirah menangis melihat keadaan Anis.. satu nota kecil dijumpainya di genggaman Anis.

“Tuhan, jagakan dia.”
“Hazirah sahabat baikku..”

Makin banyak air jernih yang mengalir daripada mata gadis itu.. tidak disangka Allah lebih sayangkan sahabatnya itu daripada kasihnya dia pada Anis. Hazirah menyesal kerana dia merasakan dia belum menjadi sahabat yang baik kerana tidak tahu mengenai penyakit Anis. Saat dia tiba di hospital Dr. Mardhiah ada menceritakan tentang penyakit Anis pada Hazirah dan sepucuk surat untuk dia.

*Al-Mujahid, Amir Hamzah bin Abdullah. Andai takdir Ilahi kita tidak bersatu di duniaNya, moga kita bersatu di JannahNya. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

p/s: Amir Hamzah, dia mujahid yang berwajah kerek dan tegang semasa kurang puas hati melihat Anis, Farah dan Hafiz berjalan bertiga sahaja di tasik semasa di matrikulasi.

by Sarah Maisarah.

-tamat-

Monday, January 7, 2013

Part II : Tuhan, jagakan dia.

dan bila aku menoleh… ada kelibat seorang gadis remaja berumur 20-an, berkaca mata dan bertudung labuh seperti seorang ustazah, “simple” tapi kemas.. dia sedang memanggilku berkali-kali.. aku berasa kaget.. “huh? Tadi aku nampak Fatin kecik tiba-tiba jadi besaq pasaipa pulak?” aku menggosok-gosok mataku sambil berfikir… subhanallah… termenung jauh aku rupanya tadi.. hehe.. tersenyum sendiri.. Anis.. Anis.. kenangan 13 tahun lalu masih segar diingatan… pertama kali kedua ibu bapaku menghantarku ke program yang bisa mendidik anak bongsu mereka ini supaya menjadi insan berguna, anak solehah. InshaAllah.. terima kasih, ibu..ayah.. Alhamdulillah, rezeki Allah datang lagi.. Pada tahun 2000, aku dianugerahi seorang adik perempuan.. penceria suasana kami sekeluarga.. rindunya pada si comel itu.

“Anissssssssss……….”

“hehe.. ye Hazirah, sahabatku sayang.. ada apa? Maaflah, Anis mengelamun pulak tadi..”

“Kak Nazirah dan kak Aliyah ajak pegi usrah.. jom..” jelasnya padaku sambil tersenyum..

“Usrah? Hee., jom! Baru minggu lepas usrah tapi rasa macam lama pulak tak jumpa..rindu..huhu..”

…dan bulatan gembira itu berjalan seperti biasa bahkan lebih indah setiap kali bersua…

Usrah. Ya, itu bulatan gembira kami. Sangat mendamaikan bila berada bersama mereka, sahabat-sahabat yang berkasih sayang hanya kerana cintaNya.. Allahu Allah.. Sekarang aku benar-benar berada di universiti untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di zon tengah.. and the selected course is Electronic Engineering. Lucu bila teringat riaksi ibu pada hari keputusan universiti mana yang bakal aku tuju..

“Allah… jauhnya Anis…” kelihatan wajahnya yang agak terkejut tapi diam-diam ibu “cover”..

Kasih ibu.. beratnya untuk berpisah dengan anaknya, bahkan pula ujian menimpa keluarga.. ayahku strok.. ujian besar di mana hikmah daripadaNya yang tak ternilai menjengah hidup kami sekeluarga pada hujung tahun 2007 itu. Ianya benar-benar membuat hidup kami luar biasa. Ibu, seorang wanita yang sangat tabah.. antara melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yang perlu menjaga ayah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.. dan ibu juga yang perlu menghantar adik ke sekolah.. ibu juga yang menggalas tanggungjawab untuk menjamin kami sekeluarga menjamah bukan sesuap nasi bahkan bersuap-suap. Ibu akan memastikan keperluan anak-anaknya tidak kurang walaupun sedikit, biar dirinya letih, pedih, sakit.. asalkan suami dan anak-anaknya bahagia.. Itu kasih ibu yang tak ternilai. That’s my mom! Thank you for everything mom… titisan jernih itu bergenang di mataku tatkala terkenangkan pengorbanan ibu.. Allahurabbi.. moga Allah s.w.t. sentiasa merahmatinya dan memberinya bahagia..

*************************************************************

Saat memijak kaki di kampus, aku baru mengenal apa ertinya nikmat bulatan gembira ini.. manis seperti madu. “poetic words”nye macam ni.. di sini ku temui sinar bahagia cintaNya yang sebenar.. sungguh.. aku benar-benar ingin sekali mendekatiNya, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita dan bila masa yang sesuai..

Semasa di matrikulasi, ada juga aku mengajak rakan sekelasku untuk pergi ke surau berdekatan setiap malam untuk solat berjemaah, tapi disebabkan kesibukkan dengan tugasan dunia.. ajakkanku tidak disambut seperti yang diimpikan.. aku juga tiada kekuatan.. diam.. teruskan kehidupan seperti biasa.. hanya bertapak di surau Al-Hidayah itu bila mana saat pertukaran kelas, jadi di surau itulah tempat terdekat untuk kami menunaikan tugas wajib sebagai hambaNya. Alhamdulillah…
Kenangan di matrikulasi juga ada pahit manisnya.. dan paling aku ingat tentang sahabat baikku,Farah.. hee.. rindu. Setiap pagi di hujung minggu, kami akan menghabiskan masa bersama untuk berjalan di sekitar tasik sambil berkongsi cerita.. Tasik, pemandangannya cantik! Kadang-kadang ada juga si pengikut setia rakan sekelas lelaki.. walaupun agak rimas, tapi serba salah pula untuk membiarkan dia dan sahabatku sahaja bersiar-siar di situ..

“erghh.. macam mana aku nak bagitahu mamat ni ye. jangan ikut. jangan ikut.” monologku  sendiri.

Ada suatu hari itu, saat sedang asyik berjalan, ada kelibat seorang mujahid menunggang basikal. perghh,. riak wajahnya macam kerek pon ade, tegang pon ade.. barangkali dia berasa kurang enak melihat kami bertiga berjalan di situ.. 

Aku? Perasaan serba salah, “erk.. aku ada buat salah ka? Awat dia ni tengok pelik ja.. hmm,. lepas ni aku kena make sure si Hafiz tu tak ikut sekali.. elakkan daripada fitnah dunia.. hiyaak!”

Oh ya,.. the guy is one of the Dakwah’s Club committee members here. Majlis Tertinggi kot.. hmm.. tapi aku bersangka baik.. renungan tajam yang membuatku rasa kurang selesa itu mungkin teguran daripada Allah.. by the way, thanks ya! Walaupun dia tidak tahu aku berterima kasih padanya, tapi telah pun aku berterima kasih pada Dia yang mengutuskan teguran melalui dia..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-


"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri".
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 by: SarahMaisarah

-to be continued-