Monday, December 5, 2011

malu oh malu~~~

Assalaamua'laykum wa rahmatullahi wa barakaatuh…


Hmm,. dah masuk bulan Muharam rupanya.. Alhamdulillah.. Allah swt masih beri peluang kepada kita untuk menjalani kehidupan di bumi yang indah milikNya.. Allah ya Khaliq (Maha Pencipta).. ya Bari’(Maha Perancang).. ya Basith (Maha Melapangkan Hidup).. Subhanallah..Puasa tak? Kenapa nk puasa? Haa.. meh tengok bawah ni… 


Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka].

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”.
[Riwayat Muslim]

Seperti yang disebutkan dalam hadith-hadith di atas, kita digalakkan berpuasa pada 10 Muharram.. kalo nak tahu lebih lanjut, meh klik sini~

Sebenarnya nak cakap pasal jatuh,. What? JATUH??? Iya bha.. jatuh..
Hmm, pernah tak korang jalan2, tiba2 tersadung ape2 kat depan pastu jatuh depan orang ramai? Malu tak?

“ewww,.. it’s very embarrassing”
“oh, NO! malunye aku.. jatuh depan mamat tu pulak dah..”
“adussh.. time nih jugak laa nak jatuh, malu weyh..malu..”

Are those words written above become one of what you’ll say when u fall down?
Ahah.. but do you ever feel double or triple embarrassing when u do something that will make our creator angry???
Hamboeh2,. Speaking London pulak tuan punya blog ni.. ehm, agak2 laa kan pernah tak rasa malu kepada Allah bila kita melakukan maksiat? Pernah tak kita rasa malu kpd Allah bila kita abaikan solat? Pernah kita malu kpd Allah bila kita tak jaga pergaulan kita dengan manusia? Ikhtilat kita? 

Pernah tak kita rasa malu kpd Allah bila kita gagal ingat pada Allah walaupun sekali dlm satu hari padahal udara yang kita sedang sedut saat ini adalah anugerah Ilahi? Itupun tanpa ada bil yang perlu dibayar setiap kali dapat gaji.. Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah…


Tapi kita mudah untuk berasa malu bila kita terjatuh di depan manusia sedangkan tak dapat dosa pun kalau terjatuh.. dan mudah juga antara kita bergelak ketawa dengan senang hatinya apabila melihat manusia yang terjatuh.. lupa bahawa bila2 masa shj kita juga mungkin boleh jatuh.. mudah sungguh manusia lupa bukan? ya,, MANUSIA MUDAH LUPA.. LUPA DIRI.. LUPA DARIPADA MANA ASAL DIRI YANG HINA INI…hina tanpa pertolongan dan kasih sayang Ilahi.. Allah…

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Apa yang dimaksudkan dengan menangis ialah tangisan yang tercetus drpd penghayatan kerana memahami ayat2 Al-Quran. Jika kita benar2 memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta’ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat, jiwa2 yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan.

Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas diri, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan. 

Ayuh renung kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta’ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir.

Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya(apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala).

Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta’ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.

Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu’minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini.

Bagaimana pula dengan perasaan kita? Allah…

.:: Mati hanya sekali, jadikannya di jalan Allah ::.